‎"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu... Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN... " - Imam Hasan al-Basri"

Friday, July 1, 2011

Ciri2 pelajar cemerlang.....

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. 

Today, saya nak bagi taw sikit... tip2 pelajar2 cemerlang... Jom kita buat.. mana nak tau mungkin kita pun boleh cemerlang..... insyaAllah ... (^__^)

Mula-mula... 
1) Niat yang betul
-kita kena make sure niat kita betul...

a) Imam Nawawi:

"Sesungguhnya amal itu dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan."

b) Kaab bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa mencari ilmu untuk menyaingi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka."
-Hadis Riwayat Al-Hakim-

2) Mentaati ALLAH, Rasulullah dan Ibu Bapa

ALLAH SWT berfirman:

"Taatlah kepada ALLAH, dan taatlah kepada Rasul, kemudian jika kamu berpaling hanyalah kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu mentaati dia, kamu akan mendapat petunjuk. Adalah hanya atas Rasul untuk menyampaikan yang jelas." (24:54)

Sabda Rasulullah SAW:

"Redha ALLAH bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa, dan murka ALLAH bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-dua sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." ( Al-Isra': 23)

Kemudian,,,
3) Menghormati guru

a) Adab-adab dengan guru ialah:
Contohnya~
- Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
- Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
-Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
- Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
- Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
- Hindari dari menyinggung prasaan guru.
- Memberi bantuan kepada guru apa yang boleh di bantu.
- Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
- Bercakap baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
- Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.

4) Menjauhi dan meninggalkan kemaksiatan

a) Al-Imam As-Syafie Rahimahullah berkata:

"Aku mengadu kepada waki' (al-Imam Waki' ibn Jarrah rahimahullah, guru kepada al-Imam Syafie rahimahullah) tentang buruknya hafalanku, maka dia menyuruh supaya meninggalkan maksiat, dan dia mengatakan kepada ku bahawa sesungguhnya ilmu ALLAH itu tidak akan diberikan kepada orang-orang yang berbuat maksiat."

b) Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya seorang hamba terhalang rezekinya kerana dosa yang dia lakukan." (Riwayat Ahmad dan Hakim)

5) Memilih sahabat yang soleh/solehah

ALLAH SWT berfirman:

"Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa." (Al-Zukhruf: 67)

Rasulullah SAW  bersabda:

"Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman."
-Imam Tirmidzi dan Abu Daud-

6) Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu

a)"Man jadda wa jadda"

Sesiapa yang berusaha, dia pasti akan berjaya..

b) Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka ALLAH akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
-Riwayat Muslim-

7) Beramal dengan ilmu yang diperolehi
imam al-Ghazali : orang yang beramal tanpa ilmu itu gila,  orang yang berilmu tanpa amal itu sia-sia..

8) Bertawakkal kepada ALLAH SWT
-lepas dah beusaha.. kita kenalah tawakkal kepada Allah... insyaAllah kalau dah berusaha pasti berjaya.. kalau tak berjaya pun, mesti ada hikmah dan pasti ada sesuatu yang lebih baik Allah aturkan kepada kita.... bersyukurlah(Alhamdullilah) walaubagaimana pun keputusan kita... 
sampai disini shja.... sekian from humble girl!!
ilaliqa'.. assalamu'alaikum~

No comments:

Cit-chat