‎"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu... Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN... " - Imam Hasan al-Basri"

Tuesday, June 28, 2011

Kata2 utk dibaca dan dikongsi...


Assalamu'alaikum.... Hai reader... hari nie saya nak share something yg saya dengar,catat and terbaca.. actually byk lgi... tapi-tapi... lain kali lah yer.. insyaAllah....

MAKE UP MUSLIM Untuk muka =>> WUDHU. Untuk bibir =>> DOA. Untuk mata =>> TUNDUKKAN pandangan. Untuk suara =>> membaca ayat2 QURAN. Untuk tangan =>> banyakkan SEDEKAH. Untuk kesihatan & keselamatan =>>SOLAT. Untuk Hati =>> TAQWA kepada Allah.

PAKAIAN HATI IALAH KEIKHLASAN
PAKAIAN LIDAH IALAH KEBENARAN
PAKAIAN FIKIR IALAH KEBIJAKSANAAN
PAKAIAN RASA IALAH KEINSAFAN
PAKAIAN HAMBA IALAH PENGABDIAN
PAKAIAN BATIN IALAH KESUCIAN
PAKAIAN HIDUP IALAH KETAKWAAN




★•.•´¯`•.•★ HEBATNYA LELAKI ★•.•´¯`•.•★

Kaya lelaki kerana akhlak mahmudah,

tampan lelaki kerana kejernihan wajah.

Manis lelaki kerana senyuman indah dengan niat sedekah.

Tinggi lelaki kerana kesederhanaan.

Hebat lelaki kerana kesabaran

dan mulia lelaki kerana keimanan yang teguh..



NAFSU mengatakan wanita cantik
atas dasar RUPAnya,

AKAL mengatakan wanita cantik
atas dasar ILMU dan KEPANDAIANnya,

HATI mengatakan wanita cantik
atas dasar AKHLAKnya,

IMAN mengatakan wanita cantik
atas dasar AGAMAnya,

PELIHARALAH DIRIMU SEBAIKNYA!!! 



Kata salah seorang sahabat Rasulullah, Muaz, “Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah merupakan tanda  takwa kepadanya, mencarinya merupakan ibadah, mentelaahnya sebagai tasbih, mengkajinya adalah sebagai jihad, mengajarnya kepada orang yang belum mengetahui merupakan sedekah, menyampaikannya kepada ahli adalah kebaikan.”


 Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas..^.^


 ilmu itu makanan rohani paling lazat --
ketika kita dlm kesusahan / kesempitan ilmu membisikan sesuatu yg berharga pada kita



Imam Al Ghazali : Ilmu Tanpa Amal Adalah Gila dan Amal Tanpa Ilmu  sia-sia


 orang beilmu lebih tinggi darjatnya daripda org y beribadat..


BIARLAH BERTUNANG DENGAN BUKU...
BIARLAH BERCINTA DENGAN ILMU..
BIARLAH BERKAHWIN DENGAN PEPERIKSAAN..
BIARLAH BERBULAN MADU DENGAN KEJAYAAN... 





 ‎"Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28.'"


Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dirham dan dinar, tetapi mereka mewariskan ilmu. Maka barang siapa mengambilnya, ia sangat beruntung


Dalam hadis yang lain, Rasulullah saw menegaskan bahawa sesungguhnya mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya ke dalam syurga.


kadang-kadang yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK
yang SEMPURNA tak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN
namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN menjadi KELEBIHAN , itulah KESEMPURNAAN . tiada manusia yang hidup BERBAHAGIA sepanjang masa . tetapi ianya bukan alasan untuk hidup SENGSARA



SAHABAT,
Hargai bila berdua
::: (\_(\ Sayangi bila "bersama"
*: (=' :') Maafkan bila TERLUKA
•.. (,('')('' ) Rindui bila berjauhan
Fahami bila keliru
Nasihati bila terleka,
Dan tegurlah bila tersilap..



-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).


•●♥RAHSIA TASBIH•●♥ღ
"Tidak mampukah diantara kalian melakukan SERIBU kebaikan tiap hari?
"Salah seorang yg duduk bersama Nabi bertanya,
"Bagaimana caranya agar kami bisa melakukan SERIBU kebaikan?
"Nabi menjawab,"Membaca Tasbih (Subhanallah) 100 kali dapat mendatangkan SERIBU kebaikan, menghapus SERIBU dosa /kesalahan.
"(HR Muslim)•●♥ღ
Subhanallah!Tidak memberatkan kan sahabatku? Mari sempatkan diri.•●♥ღ





No comments:

Cit-chat