‎"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu... Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN... " - Imam Hasan al-Basri"

Wednesday, July 13, 2011

BuDak PeLik iTu UniK (1)

    Aku? siapa aku, bak kata omputih who i am? super hero ke? Hurmm. agak-agak korang aku ni siapa? Aku?! manusialah yang hidup bebas menghirup udara segar kurniaan Ilahi, hrmm, nikmatnya alhamdullilah tapi bebas dalam erti kata lain dalam angan-anganku saja la. Mesti korang pelikkan tapi nama pun cerita aku takkan angan-angan korang pulak.  Tak logik dek akal kita yang cerdik tu nanti. Hehehe. Opss, apa aku merapu ni, inikan cerita budak pelik itu unik. Ishk.. ishk merapu sudah, actually saya seorang pelajar sekolah menengah ja, ops penambahan bekas pelajar sekolah menengah baru betul! sepuluh markah untuk diri sendiri. 




    Sebagai "bekas" pelajar sekolah menengah yang selalu bersemangat tinggi(cewah!! tinggi la sangat.. hihihi)  tapi ada satu saja masalah yang dihadapi oleh aku yang tak dapat dielakkan walaupun telan la ubat apa pun kalau dah kekal ditambah pula sebati dengan adunan. Perhh, memang melekat rapat, kejap semua ada, penyakit yang kalau diikutkkan dalam carta remaja a.k.a student or whateverlahkan iaitu penyakit 'M'. Penyakit inilah yang selalu ganggu semangat aku yang tinggi dan berkobar-kobar ni. Warghh!! mesti korang tertanya-tanya penyakit apa tu. Kronik ke? bahaya ke? boleh bawak maut ke? ehh, jangan silap. Sebenarnya itu penyakit malas je.. hehehe. Confirm hampir keseluruhan remaja atau pelajar yang mungkin terjebak dengan virus penyakit tu tapi bukan semua la "hampir" sahaja. Siapa kata semua, kalau semua tak adalah pelajar  excellent dalam Malaysia, macam Nik Nur Madihah. Walaupun dia susah tapi dia masih boleh berjaya. Tengok siapa kata penyakit tu ada kat semua remaja atau pelajar.



    So, terbuktilah penyakit ni ada ubat, jangan risau cuma tunggu waktu dan masa yang sesuai dia akan berubah dengan sendiri. Ehh, apa yang aku merapu nie. Lari topik la pulak. La ba'sa (tidak mengapa). Ini cerita ana yang punya jadi suka hati akulah. Jangan jelez. Hahaha. Astagfirullah, cepat Insyirah mengucap lepas tersedar akan kesalahan dirinya sendiri. Itulah aku Insyirah atau nama glamornya syirah, sedapkan nama mak ayah aku bagi tu, sempat lagi Insyirah memuji namanya.  Asal ada masa sahaja mesti nak mengomel atau memuji tentang diri sendiri, beranganlah dan perasan. Huh! tu memang selalu, favourite tu. Hihihi. Bagi Insyirah Wazir Bt Ilyas ni, setiap waktu, detik, masa, saat dan jam adalah berharga seperti emas, alwaktu kalsaif(masa itu umpama pedang) kalau kita tak potong dia akan potong kita, kata orang arab. Best tak kata-kata azimat Insyirah nie? mesti korang terkezutkan (terkejutkan) dan terfikir ada juga orang macam Syirah ni. Hailaa, Syirah-syirah...


    Tiba-tiba, sedang Insyirah asyik memuji dirnya sendiri namanya dilaung kuat dan lantang dari luar. Insyirah!! oh Insyirah!! kedengaran nyaring suara mak cik Jamilah memanggil anak kesayangannya. Siapa tak sayang anak oii, ingat lelaki je ke boleh buat kata-kata macam siapa tak sayang bini oii. Ini Jamilah a.k.a Milah pun boleh buat apa. HuyOo! mak cik Jamilah, naik lif tekan sendiri nampak. Hahaha. Ini kalau orang yang lalu depan rumah pun mesti dengar suara mak cik Jamilah yang kuat lagi lantang itu seperti satu kampung yang hendak dipanggilnya. Bila sampai dihadapan bilik Insyirah, pintu pun dikuak. Ekk, daun pintu bilik Insyirah dikuak dari luar oleh mak cik Jamilah, emak Insyirah yang sudah tua tetapi kalau orang yang tidak kenal mak cik Jamilah mesti ingat dia masih muda kerana wajahnya seperti awek muda gitu. Huhu. Kalau emak cantik mesti Insyirah pun berganda cantiknya tapi tulah insyirah ni asal ada masa ja mengalamun saja kerjanya but don't judge the book by it cover, walaupun Insyirah rajin mengalamun, berangan dn perasan dia seorang anak yang taat tidak berani melawan cakap orang tuanya. Syurgakan dibawah telapak kaki ibu dan redha Allah juga berdasarkan redha kedua ibubapa kita.




    Emak insyirah yang masuk dalam bilik insyirah menggeleng kepalanya seperti orang menyanyi lagu angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk sahaja. Insyirah, sekali lagi emaknnya memanggil anak kesayangannya dengan lembut yang penuh dengan sifat keibuan. Insyirah yang sedang mengelamun terus terjaga dari mimpinya, terus dia mengutuk dirinya apabila ternampak emaknya berada di depan mata. Tengok kan mak dah laung nama aku banyak kali, dah la nama aku ni sedap disebut lagi enak dimakan. Ehh, mana boleh makan, nanti aku tak ada nama siapa yang susah, aku jugak, siapa yang nak kahwin dengan aku nanti kalau tak ada nama, semat dia bertanya dengan dirinya sendiri. Mak cik Jamilah tersenyum melihat gelagat anak tunggalnya itu. Ada sahaja benda yang hendak dia berangan. Syirah, dah sampai mana tu? Adess, apalah aku ni kan dah kena tegur lagi. Insyirah ohh Insyirah, agak-agak apa aku nak jadi nanti bila dah besar ye? hurmm...


 Ya Allah, budak bertuah nie, kamu tak dengar ke mak panggil kamu, Insyirah? apalah nak jadi dengan anak dara aku seorang ni. Orang kat depan mata pun boleh dia mengelamun. Tak habis-habis dengan kerja mengelamun dan berangan je. Orang panggil pun tak dengar, siap mengelamun dan berangan pulak tu. Ish.. ish..ish.. anak bertuah sungguh, kata mak cik Jamilah kepada anaknya yang suka berangan dan mengelamun itu dengan nada yang tidak puas ati terhadap anaknya. Kemudian, selang beberapa saat, mak cik Jamilah pun bersuara kembali, "Insyirah, petang ni mak nak mintak kamu temankan mak ke rumah mak cik Senah tu ye? Jangan nak tidur pulak petang-petang. Tak elok tidur petang-petang cam ni. Kamu tahu kan orang tua-tua kata nanti"...




    Haa.. sudah mak dah berleter dah. Terus insyirah yang tadi fokus dengan apa yang diperkatakan oleh emaknya terus menyampuk, "ye mak, Syirah tahu nanti boleh gila kalau tidur petang lebih dari 44 kali mak". Tera(bagus) tak aku nie? boleh sambung apa yang mak aku kata.. Hehehe.. Tengok tu perasan lagi, Insyirah-insyirah. Sebenarnya macam ni, manalah aku tak ingat kalau asyik-asyik kena ceramah free je daripada penaja kalau tertidur waktu petang ni tapi salah diri sendiri juga, emak dah pesan tapi aku buat jugak mana tak angin badan mak tu... "Tau pulak kamu, jangan cakap saja save dalam kepala sekali", kata mak cik Jamilah kepada Insyirah Wazir. Alahai anak aku ni bila la nak matured sikit, tak sangka banyak jugak vocabulary aku nie, Hehehe, ngomel mak cik Jamilah dalam hati.. Haa, sudah penyakit perasan dah keluar dah.. Patutla anak aku pun suka berangan dan perasan, mak borek anak rintik, ada ke peribahasa macam tu? arh, like i care, hihihi, ketawa mak cik Jamilah dalam hati.





    "Mak.. oh mak.. kenapa senyum sorang-sorang tu?" Insyirah yang melihat emaknya yang tersenyum-senyum terus menegur ibunya itu. Tengok mak aku pun macam aku juga. Maka terbuktilah aku anak emak. Hahaha, sempat Insyirah membuat conclusion tentang asal usuk dirinya walaupun sudah terbukti dekat atas sijil lahir dan kad pengenalannya. Tanpa mempedulikan soalan anaknya yang tadi, mak cik Jamilah yang tersedar daripada diulit mimpi indah terus bertanyakan Insyirah untuk mengetahui persetujuan anaknya itu, "Syirah, petang nanti jadi ye, jangan tak jadi pulak, kalau tak jadi siap kamu! Pesan emaknya sebelum keluar dari bilik Insyirah yang selalu Insyirah puji itu. Kononnya, biliknya nazifah wa jamilah (bersih dan cantik) dari bilik orang lain. huhu, tengok masih sempat dia memuji biliknya itu. Siapalah yang bakal menjadi mahkota idaman Insyirah yang suka berangan, mengelamun dan suka memuji diri sendiri itu? Selepas bayang emaknya yang tercinta itu hilang terus Insyirah cuba mengingati kata-kata emaknya sebentar tadi. Insyirah memesan dengan dirinya bahawa petang ni dia ada misi penting iaitu teman emaknya ke rumah mak cik Senah, kata Insyirah dalam hati dan cuba untuk save dalam otaknya yang bergeliga lagi  jarang guna itu agar dia tidak tertidur petang nanti...




bersambung...




p/s : first time create.. so saya harap salah silap harap maafkan dan kalau boleh tegurlah..dan jutaan terima kasih sebab luangkan masa untuk membaca cerita saya yang tidak begitu menarik ini.. saya saja nak cuba.. nk ambil mengalaman gitu.. hehe.. (^_-)
*JANGAN LUPA KOMEN DEKAT SHOUTBOX DEKAT SEBELAH KANAN blog ini*
sekian....

No comments:

Cit-chat