"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana
sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk Adam a.s ,
sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di
sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan
sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu
tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya" (Riwayat
Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"
Assalamualaikum..
Kepada anak-anak ibu semua..ibu harap hari ini kamu semua mendapat kesejahteraan dari Allah s.w.t. Insyaallah..
Hari
ini, hati ibu terpanggil untuk menaipkan tentang artikel ini kerana,
sudah berkali-kali ibu mendapat panggilan dan mendapat kunjungan dari
gadis-gadis remaja khususnya..yang meminta ibu menunjukkan mereka
jalan..apabila mereka telah terlanjur dan ditinggalkan begitu sahaja
oleh kekasih hati yang di sayangi dan di cintai sepenuh hati
mereka..Sayu hati ibu melihat anak-anak gadis ibu..merayu dan menagis
didepan ibu..agar membantu mereka menghadapi hari-hari mereka yang
begitu memilukan..tidak tahu mahu mencari siapa..dan hanya pada ibulah
harapn terakhir mereka..
Hari ini..ibu mahu mengisahkan tentang salah seorang darpada mereka..
Pada
suatu hari..datang seorang anak gadis berusia 19 tahun kepada ibu..
Gadis ini salam tangan ibu..dengan senyuman yang sangat manis..walaupun
begitu..ibu dapat membaca hatinya hanya dengan melihat matanya
sahaja..melalui matanya ibu dapt mersakan kesusahan hati anak gadis
ini..
Segera ibu mengajaknya masuk kedalam..lalu duduk
bersimpuh gadis ini di depan ibu..Ibu mengusap kepalanya..dan bertanya..
“mengapa ini nak, ceritalah..ibu sudi mendengar..kalau ibu boleh bantu,
ibu bantu Insyaallah..” Gadis itu kemudian hanya menundukkan
wajahnya..ibu dapat melihat kesengsaraan hatinya..mukanya berubah menjdi
merah padam sambil mutiara-mutiara jernih jatuh dan mengalir di
pipinya..menangis teresak-esak dia di depan ibu..lama ibu menunggu
jawapannya..tetapi hanya tangisannya sahaja yang semakin lama semakin
hiba.. ibu memeluknya lembut..dan biarkan dia menangis di bahu ibu
semahu-mahunya..
Apabila tangisannya mula reda, dia mula membuka
mulut untuk bersuara.. Ibu hanya mendiamkan diri menjadi pendengarnya
yang setia..
Gadis ini menceritakan kisah hidupnya yang lalu..
Katanya..sejak
dia kecil..tidak ada sesiapa yang menyukainya..tubuhnya yang agak
gempal dan parut yang bayak di sekitar kaki dan badannya akibat tingal
di kwasan kampung..membuatkan semua orang sering mengejeknya..termasuk
saudara maranya sendiri.. oleh disebabkan perkara itu.. dia tidak pernah
yakin dengan dirinya..menjadi pendiam dan dan sering menjauhkan diri
dari orang ramai.. oleh kerana dia tidak mempunyai ramai kawan..dia
merasa sunyi..namun, segala-galanya yang berlaku pada dirinya hanya
dipendamkan dihatinya..dan hanya buku diari yang menjadi teman setianya
dikala dia bersedih hati..dia selalu melihat teman-teman perempuannya
yang lain..cantik, yakin, pandai, ramai kawan.. dalam diam..dia
mencemburui semua itu.. dia selalu menyalahkan diri..”kenapa aku gemuk?
Kenapa aku tak cantik? Kenapa aku banyak parut? Kenapa aku tak pandai
bercakap? Aku benci diri aku!” itulah yang gadis ini sering katakan pada
dirinya sambil menangis keseorangan..sejak dari itu.. dia mula mencari
teman untuk meluahkan perasaan.. dia berkenalan dangn ramai lelaki
melaui internet..
Pada suatu hari dia berkenalan dengan
seorang lelaki..niat dihati hanya untuk saja-saja sahaja.. tetapi dia
berasa pelik kerana lelaki ini begitu sabar melayan kerenahnya..akhirnya
dia jatuh hati pada lelaki ini dan apabila lelaki itu mengajaknya
couple..di terimanya.. Gadis yang masih mentah tidak tahu apa-apa ini
merasa bahagia berada disisi lelaki ini.. katanya, lelaki ini setia
berada di sisinya.. lelaki ini tidaklah kacak mana..gigi dihadapannya
sedikit jongang.. tapi kasih sayang dan keikhlasan melebihi segalanya..
lelaki ini menerima dia seadanya walaupun badan gadis ini gempal dan
juga pendiam.. oleh itu gadis ini pun tekad menerima lelaki itu
seadanya.. Mereka hanya berhubung melaui hanphone kerana tinggal di
negeri yang berjauhan.. pada suatu hari lelaki ini tiba2 mula
mengajarnya perkara yang membatasi agama..gadis ini ikutkan sahaja
kerana kata lelaki itu satu hari nanti mereka “akan berkahwin dan
menjadi suami isteri juga..”..Daripada malu-malu..gadis ini mula seronok
kerana dilayan seperti seorang isteri.. Dengan penuh kelembutan dan
“kasih sayang” lelaki ini mengajarnya tentang itu dan ini..dan yang
makin membuatkan gadis ini yakin, lelaki ini tidak lupa juga mengajarkan
dia supaya tidak meninggalkan solat lima waktu dan juga amalann-amalan
wajib yang lain.. lelaki ini sering menegaskan kapada gadis ini supaya
tidak mengabaikan pelajaran walaupun mereka bercinta..
Lelaki
ini juga sering bersamanya ketika dia susah..sentiasa disisi apabila si
gadis bersedih.. hubungan mereka berlanjutan selama 3 tahun..si lelaki
mula berjanji kepada anak gadis ini untuk mengahwininya sautu hari nanti
apabila dia sudah bekerja.. Si gadis ini mula memasang impian
indah..iaitu untuk menjadi isteri terbaik kepada lelaki ini..dan menjadi
ibu yang terbaik untuk anak-anak lelaki ini.. Dia mencintai lelaki ini
sepenuh hatinya..dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka kekal
bersama.. bagi si gadis..lelaki inilah segala-galanya.. dan..semakin
lama...lelaki ini semakin galak mngajarkan perkara yang bukan–bukan
kepada gadis ini..akhirnya..apabila nafsu sudah menguasai seluruh minda
si gadis..si gadis merenggut kesucian dirinya dengan tangannya
sendiri..gadis ini tidak sedar yang dia telah kehilangan daranya
walaupun tiada mana-mana lelaki menyentuhnya..kerana dia tidak pernah
tahu apa itu dara..dia tidak sedar akannya.. setelah perkara itu
berlanjutan selama 4 tahun..akhirnya si gadis tewas dengan ajakan si
lelaki.. mereka senyap2 berjumpa..dia merelakan sahaja dirinya disentuh
dan dinodai tanpa mengatahui itu adalah maksiat yang dilarang
Allah..yang diketahuinya.. itu adalah tanggungjawab seorang isteri
kepada suami..
Pada suatu hari si gadis dapat menghidu
suatu penipuan dari insan yang dicintainya.. Dia mendapat tahu lelaki
itu sedang mencari bakal isteri yang solehah..selepas lelaki ini memakai
braces..dia menjadi semakin kacak..dan lelaki itu sedang mengurat
perempuan yang diminatinya sejak dua tahun yang lalu..perempuan itu anak
yatim piatu, solehah dan cantik sekali..dan si gadis dapat tahu,
sebenarnya, lelaki ini telah lama berkata kepada kawan-kawannya bahawa
si gadis dan dia telah lama putus dan tiada hubungan apa-apa..tidak
kurang juga lelaki ini ada mengaibkan gadis ini kepada sebahagian dari
kwan-kawan rapatnya..lelaki ini telah merancang lama untuk putus dengan
si gadis ini..
Ini bermakna, kesemuanya hanyalah satu
penipuan..kebaikan lelaki itu kepada si gadis, hanya satu
kepura-puraan..segala janji manis..hanya tinggal di bibir sahaja..
Si
gadis sangat marah, kecewa, terkejut, dan sedih....si gadis memarahi
lelaki ini..tetapi..apabila rahsia dah terbongkar....pandai pula lelaki
ini bermain tarik tali..meminta maaf pada gadis..dan jadikan masalah
keluarganya sebagai pancing untuk mendapatkan simpati gadis ini supaya
gadis ini termakan pancingnya dan menganggap sebenarnya lelaki ini
baik..dia membuat alasan dengan tidak mahu minat pada mana-mana
perempuan lagi termasuk si gadis dan hanya mahu fokus pada kerjaya..
tetapi gadis ini lebih bijak menilai sekarang..setelah lelaki itu
meminta maaf...di tinjau lelaki itu dari jauh..apabila melihat lelaki
itu bermain kata-kata sayang sayang dengan perempuan lain..dan asyik
memikat perempuan sana-sini membuatkan gadis ini jelek dengan
perangainya....maka tahulah gadis bahawa lelaki itu tidak pernah ikhlas
menyayangi dirinya..
Gadis ini semakin sengsara kerana
ditipu sedemikian..gadis ini cuba melupakan teman lelakinya itu..tetapi
entah kenapa semakin dibenci semakin rasa sayang itu hadir dalam
dirinya..si gadis menangis setiap hari..akhirnya si gadis merana
sendiri..bergelut dengan perasaannya sendiri.. dia menderita..yang
teramat-sangat..dia merasakan apa yang berlaku seolah2 menjadi mimpi
buruknya setiap malam..semakin hari dirasakannya dirinya semakin
terseksa.. oleh kerana itulah dia ke mari untuk berjumpa ibu..dia minta
ibu tunjukkan sebenarnya dimana silap dia..
Mendengarkan
kisah hidupnya membuatkan air mata ibu laju turut menangis sama..Ibu
sedih..kerana anak gadis yang suci..anak gadis yang tidak tahu apa-apa
tentang kegelapan dunia..terpaksa mengharungi semua ini seorang
dirinya..Ibu akhirnya menjadikan dia anak angkat ibu..ibu mengajarnya
bertaubat..ibu menunjukkan dia jalan yang sebenar-benarnya patut kita
ikuti sebagai hamba Allah..ibu mengajarnya lebih lanjut tentang
islam..dan keindahan menjadi seorang wanita yang solehah..dari
pemerhatian ibu..gadis ini tidak pernah berputus asa untuk mencari jalan
yang lurus..dia sangat tekun mempelajari dan mendalami agama islam..
Akhirnya dia benar-benar memahami islam..Dia sentiasa mendekatkan
dirinya pada Allah..setiap hari sedihnya dia hanya diadukan pada Allah..
Tetapi..melalui anak matanya..ibu tahu sesuatu..sangat sukar untuk dia
melupakan satu-satunya insan yang pernah menyayangi dia..iaitu teman
lelakinya itu walaupuan dia tahu..cintanya hanyalah cinta palsu..namun
dia redha..
Ibu pernah bertanya kepadanya..”wahai anak ibu, mengapa engkau tidak mahu melupakan lelaki itu sayang?”
Jawabnya:
“Ibu, sepanjang saya mencintainya, saya mencintainya sepenuh hati
saya..kalaulah saya tahu apa sebenarnya itu wanita yang solehah, saya
berharap saya dapat mengundurkan semula masa..”
Ibu bertanya lagi, “kenapa sayang? Untuk apa kamu mahu mengundurkan masa?”
Gadis
ini menjawab dengan tenang: “ tidak ada ujian yang lebih berat kepada
kaum lelaki, iaitu, WANITA. Kalaulah saya dapat mengundurkan masa, saya
mahu menjaga iman saya dan juga menjaga imannya.. saya mahu
menyayanginya dibawah redha Allah s.w.t.. hanya dengan redha Allah
sahaja cinta itu boleh bersatu..”
Ibu terkejut sungguh
dengan jawapan gadis itu..pada mulanya..ibu sangka gadis ini masih lemah
imannya..ibu sangka cintanya pada Allah masih rapuh dan mencintai
lelaki itu lebih dari segalanya..tetapi..apabila gadis itu melihat ibu
mula menangis.. dia datang kepada ibu dan megusap air mata di pipi ibu
dan sambil berkata..
“Ibu, saya redha dia
tinggalkan saya bu..saya yakin dengan janji Allah..jodoh itu rahsia
Allah.. tetapi..sebagai manusia biasa..saya masih menyayanginya dan
mencintainya ibu.. ibu..dulu..sewaktu tiada siapa yang mahu berada di
sisi saya, hanya lelaki itu yang selalu memberi kata-kata semangat dan
buat saya ingin meneruskan hidup..walaupun dia pernah tipu saya..saya
tak sanggup membenci seseorang yang pernah bagi saya peluang untuk
merasai bahagia..setiap hari saya berdoa supaya lelaki itu terbuka
hatinya untuk bertaubat dan saya berdoa semoga dia mendapat keampunan
Allah dan segala kebaikan dia kepada saya, Allah balas dengan pahala
yang berganda-ganda..biarlah saya menderita kerana kehilangan cinta
saya..saya tak mahu lelaki itu menerima nasib yang sama seperti
saya..biarlah dia bahagia dengan mana-mana wanita pilihannya.. tentang
diri saya..tentang cinta saya..saya serahkan semua pada Allah..
sekarang saya hanya ada Allah..saya cintakan Allah s.w.t lebih dari
segala-galanya..saya mahu jadi wanita yang cekal dan tabah..saya mahu
jadi wanita yang baik..sama macam ibu..” dan kemudian gadis ini memeluk
ibu sambil memberikan senyuman yang paling manis pada ibu..
Lailahaillah..
Lantas
ibu berdoa kepada Allah..agar dijauhkan segala penderitaan dan
kesedihan di dalam hati si gadis yang mulia ini.. Gadis itu, cintanya
begitu luhur dan tulus..sehinggakan sanggup memaafkan orang yang pernah
menzalimi dirinya semata-mata kerana perasaan cinta dan sayang itu masih
wujud di dalam hatinya..malah merelakan perpisahan itu dan masih
mendoakan yang terbaik untuk lelaki yg pernah berbuat baik dan jahat
dalam masa yang sama kepadanya itu.. Mulianya hati gadis ini..ibu
sendiri tidak dapat menandingingya.. kalau ibu jadi dirinya..sudah tentu
ibu akan membenci lelaki itu sepanjang hayat ibu..
Apabila ibu renungkan kembali..tulah dia..
apabila hawa mencintai adam...
sememangnya..fitrah dan naluri semula jadi seorang wanita untuk
memberikan apa sahaja yang terbaik kepada lelaki dicintai..sebagaimana
seorang isteri menyayangi suaminya...
Ibu yakin..ramai
lagi gadis2 dan wanita-wanita diluar sana menghadapi perkara dan masalah
yang sama..namun..mereka sentiasa di persalahkan..malah dihina dan
dipinggirkan..tetapi..si kekasih..si lelaki durjana..dengan selambanya
berkata :
“ohhhh..bile aku dah tinggalkan..baru nak ingat Allah.. mase bersame dgn aku takde pulak nak cakap pasal agame..?”
“kalau tepuk sebelah tangan tak berbunyi kan?”
“nasi dah jadi bubur, sape suruh bodoh sangat pcaye cakap lelaki..”
“yang murah tak sedap lah..nak yang ketat lah buat isteri..”
“ah lantak lah kau sane..kau tu dah tak suci, baik aku cari perempuan yang solehah jadi isteri aku..”
“eh..perempuan tu yang xde iman, kalau die beriman die tak ikut cakap aku kot..”
Benar bukan? Mudah sungguh mereka berkata-kata..
Subhanallah..mengapa?
mengapa kaum adam yang bertanggungjawab sebagai pemimpin kepada kaum
hawa berperangai seperti ini pada hari ini?
Peringatan Kepada Kaum Adam yang pernah mengecewakan hawa..
Hai
Kaum Adam, kasihanilah Kaum Hawa..apabila mereka tersesat..tunjukkanlah
mereka jalan yang benar..janganlah engkau berterusan mementingkan
dirimu..dengan menjadikan mereka semakin sesat..dan kemudian engkau
tinggalkan mereka begitu sahaja..mengapa Kaum Adam? Mengapa? Bimbinglah
mereka..bimbinglah...
Sebagaimana Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
"Hendaklah
kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya
wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk Adam a.s , sesungguhnya
bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah
atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu
membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah
kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya" (Riwayat Bukhari,
Muslim dan abu Hurairah)"
Dengarlah wahai Kaum Adam, Kaum
Hawa itu adalah tanggungjawab kamu walaupun dia tidak mempunyai apa-apa
pertalian darah dengan keluarga dan sanak saudaramu, janganlah kamu
mengambil kesempatan terhadap mereka yang lemah dan tidak mengetahui
apa-apa dengan mengajarkan mereka kearah kerosakan akhlak demi hawa
nafsu kamu yang buas, itu adalah ANIAYA!
Sekiranya itulah
yang telah kamu lakukan, BERTAUBATLAH dan BERTANGGUNGJAWABLAH dengan apa
yang telah kamu lakukan terhadap kaum hawa itu!
Ingatlah, kamu boleh lari dari mereka di dunia dan bersenang-lenang dengan mengahwini kaum hawa yang lebih baik, tapi
di akhirat nanti kamu tidak boleh lari dari pertanyaan Allah s.w.t
tentang kaum hawa yang telah kamu rosakkan, dan ditinggalkan dan
dibiarkanmu terumbang ambing sendiri dalam kesedihan dan penyesalan yang
tidak sudah.. Maka bersedialah kamu dengan seksaan api
neraka-Nya. Wahai kaum Adam, berhati-hatilah terhadap doa Kaum Hawa yang
telah kamu zalimi dan air mata Kaum Hawa yang teraniaya kerana kamu...
Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan Maha Adil..
Kepada Kaum Hawa yang telah dikecewa..
Setiap
orang tidak terlepas daripada melakukan dosa..setiap orang juga gagal
menangai dosa dan hasutan syaitan yang sering membawa kita ke lembah
kehinaan..kaum hawa sememangnya kaum yang lemah dan sering menjadi
buruan syaitan.. Ada juga yang terpesong ke lorong kegelapan yang penuh
dengan cubaan.. namun ini semua bukan penghujung kehidupan atau penamat
harapan kamu sayang.. Pintu-pintu taubat masih terbuka luas untuk kamu..
Sudah tiba masanya kamu menerima kebenaran..keluarlah..keluarlah dari
kegelapan itu sayang.. Mari menuju cahaya Nur milik Allah..mari kecapi
Cinta ARASYI yang agung..
Oleh:
Ibu tua..
Nota:
Tidak
semua lelaki seperti ini..dan tidak semua wanita seperti ini..maafkan
ibu sekiranya ada mana-mana pihak yang tersinggung..kalau perkara ini
tiada kaitan dengan kamu.. abaikanlah.. sekiranya ada...ingatlah pada
Allah s.w.t.. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengampun..
copy from :
Reza Atiq
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.. :)(:
yang rajin copy :
Nurul Najihah.