‎"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu... Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN... " - Imam Hasan al-Basri"

Saturday, December 3, 2011

batas pergaulan..antara LELAKI & PEREMPUAN..

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum... hey guys.. semoga pagi yang indah yang disinari cahaya mentari membawa seribu keberkatan kepada kita dengan menambah sedikit ilmu pengetahuan dan semoga diredhai-NYA. ameen!
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32
 Hari ni najihah nak bagi sedikit peringatan tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan... Mungkin setengah orang akan kata..
Kolotlah kau, cakap-cakap, call-call, msg-msg dan sbgainya dengan lelaki / perempuan pun tak boleh.. sekarang dah moden tak kan yg tu pn tak boleh.. kitaorang cakap je.. tak buat apa pun.. 
tahukah anda kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan akan muncul makhluk Allah yg ketiga... jadi Islam ini mudah, so ingat balik firman Allah dalam Surah Al-isra' ayat 32.. La Takrabul Zina... Janganlah kamu menghampiri zina....  

Islam ini mudah tetapi jangan terlalu ambil mudah tentang islam.. Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja. Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. 


Adab-adab:


1. Menundukkan pandangan....


Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30...
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 .... (rujuk surah An-Nur ayt 31 utk mksud yang penuh)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..... 
Berdasarkan daripada kedua-dua ayat kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja



2. Menutup Aurat....
Muka & Tangan  : Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (Hadis Riwayat Abu Daud). 

ALLAH berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.


3. Pembatas antara lelaki & perempuan..

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)


Rasulullah melarang lelaki lain (walaupun saudara mara) berjumpa dengan seorang wanita sendirian atau duduk bersamanya tanpa kehadiran saudara muhrim wanita itu. Jabir bin Abdullah meriwayatkan kata Rasulullah s.a.w iaitu yang mafhumnya:
"Janganlah menziarah wanita yang suaminya tiada di rumah kerana syaitan itu berada di dalam dirimu seperti darah.”  (Tarmidhi)
Menurut satu hadith lain dari Jabir, Rasulullah s.a.w berkata yang mafhumnya:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhhirat, jangan sekali kali berjumpa seorang wanita sendirian kecuali bersama seorang mahramnya kerana orang yang ketiga ialah syaitan".  (Ahmad)
Imam Ahmad telah menyebut satu hadith dari 'Amir bin Rabi'ah yang sama bunyinya. Rasulullah sendiri sangat berhati hati dalam soal ini. Satu ketika, baginda ditemani oleh isterinya Safiyyah untuk ke rumahnya pada waktu malam. Dua lelaki Ansar lalu di situ. Rasulullah s.a.w. memberhentikan mereka dan berkata yang mafhumnya:
"Wanita yang bersamaku ialah isteriku, Safiyyah." Mereka berkata: " Maha Suci Altah. Ya Rasulullah, bolehkah kami berasa syak terhadapmu?. Rasulullah s.a.w, menjawab: "Syaitan bergerak seperti darah di dalam badan: aku khuatir syaitan akan mendatangkan sesuatu yang tidak baik ke dalam fikiranmu."   (Abu Daud)


 4. Tidak melunakkan percakapan
Rasulullah s.a.w. juga melarang suara wanita didengari lelaki jika tidak perlu. Dalam kes yang memaksa al Quran sendiri membenarkan wanita bercakap dengan lelaki dan isteri Rasulullah s.a.w. sendiri mengajar orang lain dalam hal hal keagamaan. Tetapi bila tiada keperluan atau ada tujuan agama dan kebaikan, wanita tidak digalakkan memperdengarkan suaranya kepada lelaki. Oleh itu, jika imam tersalah dalam sembahyang berjemaah dia hendaklah diberi amaran oleh lelaki dengan berkata "SubhanAllah" (Maha Suci Allah) dan wanita pula hendaklah menepuk tangan mereka sahaja. (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Abu Daud, Nasa'I, Ibnu Majah)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; 
 Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[1213] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya[1214] dan ucapkanlah perkataan yang baik, 
[1213]. Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.

[1214]. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina. 
 (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350) 


5. Tidak bersentuhan antara lelaki & perempuan
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) 
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya.


Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan tangan lelaki menyentuh badan wanita yang bukan mahramnya. Sebab itulah semasa berbai'ah, baginda hanya memegang tangan lelaki tetapi tidak pernah berbuat demikian terhadap wanita. A'ishah berkata bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menyentuh badan wanita lain. Baginda akan mengambil bai'ah mereka hanya dengan kata kata; setelah bai'ah dijalankan, baginda akan berkata yang mafhumnya:
"Kamu boleh pergi sekarang, bai'ah sudah sempurna"  (Abu Daud) 
Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, 
sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)


Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Kesimpulannya... jagalah batas pergaulan antara lelaki & perempuan... Islam itu mudah tetapi jangan mengambil mudah dah  yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya.

p/s : first, terima kasih kepada en. google and blogger2 yang banyak mengeluarkan hadis dan sebagainya.. and maaf jika ada salah and tlg tegur jika ada salah.. saya masih belajar.. semoga entri nie bermanfaat kpda pembaca.. yang baik jadikan teladan yang buruk, khilaf dan alpa datang daripada diri najihah sendiri.. sekian, Assalamu'alaikum..

daripada :

No comments:

Cit-chat