‎"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu... Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN... " - Imam Hasan al-Basri"

Wednesday, November 9, 2011

Apabila Hawa mencintai Adam...

"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk Adam a.s , sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya" (Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"
Assalamualaikum..

Kepada anak-anak ibu semua..ibu harap hari ini kamu semua mendapat kesejahteraan dari Allah s.w.t. Insyaallah..

Hari ini, hati ibu terpanggil untuk menaipkan tentang artikel ini kerana, sudah berkali-kali ibu mendapat panggilan dan mendapat kunjungan dari gadis-gadis remaja khususnya..yang meminta ibu menunjukkan mereka jalan..apabila mereka telah terlanjur dan ditinggalkan  begitu sahaja oleh kekasih hati yang di sayangi dan di cintai sepenuh hati mereka..Sayu hati ibu melihat anak-anak gadis ibu..merayu dan menagis didepan ibu..agar membantu mereka menghadapi hari-hari mereka yang begitu memilukan..tidak tahu mahu mencari siapa..dan hanya pada ibulah harapn terakhir mereka..

Hari ini..ibu mahu mengisahkan tentang salah seorang darpada mereka..

Pada suatu hari..datang seorang anak gadis berusia 19 tahun kepada ibu.. Gadis ini salam tangan ibu..dengan senyuman yang sangat manis..walaupun begitu..ibu dapat membaca hatinya hanya dengan melihat matanya sahaja..melalui matanya ibu dapt mersakan kesusahan hati anak gadis ini..

Segera ibu mengajaknya masuk kedalam..lalu duduk bersimpuh gadis ini di depan ibu..Ibu mengusap kepalanya..dan bertanya.. “mengapa ini nak, ceritalah..ibu sudi mendengar..kalau ibu boleh bantu, ibu bantu Insyaallah..” Gadis itu kemudian hanya menundukkan wajahnya..ibu dapat melihat kesengsaraan hatinya..mukanya berubah menjdi merah padam sambil mutiara-mutiara jernih jatuh dan mengalir di pipinya..menangis teresak-esak dia di depan ibu..lama ibu menunggu jawapannya..tetapi hanya tangisannya sahaja yang semakin lama semakin hiba.. ibu memeluknya lembut..dan biarkan dia menangis di bahu ibu semahu-mahunya..
Apabila tangisannya mula reda, dia mula membuka mulut untuk bersuara.. Ibu hanya mendiamkan diri menjadi pendengarnya yang setia..

Gadis ini menceritakan kisah hidupnya yang lalu..

Katanya..sejak dia kecil..tidak ada sesiapa yang menyukainya..tubuhnya yang agak gempal dan parut yang bayak di sekitar kaki  dan badannya akibat tingal di kwasan kampung..membuatkan semua orang sering mengejeknya..termasuk saudara maranya sendiri.. oleh disebabkan perkara itu.. dia tidak pernah yakin dengan dirinya..menjadi pendiam dan  dan sering menjauhkan diri dari orang ramai.. oleh kerana dia tidak mempunyai ramai kawan..dia merasa sunyi..namun, segala-galanya yang berlaku pada dirinya hanya dipendamkan dihatinya..dan hanya buku diari yang menjadi teman setianya dikala dia bersedih hati..dia selalu melihat teman-teman perempuannya yang lain..cantik, yakin, pandai, ramai kawan.. dalam diam..dia mencemburui semua itu.. dia selalu menyalahkan diri..”kenapa aku gemuk? Kenapa aku tak cantik? Kenapa aku banyak parut? Kenapa aku tak pandai bercakap? Aku benci diri aku!” itulah yang gadis ini sering katakan pada dirinya sambil menangis keseorangan..sejak dari itu.. dia mula mencari teman untuk meluahkan perasaan.. dia berkenalan dangn ramai lelaki melaui internet..

Pada suatu hari dia berkenalan dengan seorang lelaki..niat dihati hanya untuk saja-saja sahaja.. tetapi dia berasa pelik kerana lelaki ini begitu sabar melayan kerenahnya..akhirnya dia jatuh hati pada lelaki ini dan apabila lelaki itu mengajaknya couple..di terimanya.. Gadis yang masih mentah tidak tahu apa-apa ini merasa bahagia berada disisi lelaki ini.. katanya, lelaki ini setia berada di sisinya.. lelaki ini tidaklah kacak mana..gigi dihadapannya sedikit jongang.. tapi kasih sayang dan keikhlasan melebihi segalanya.. lelaki ini menerima dia seadanya walaupun badan gadis ini gempal dan juga pendiam.. oleh itu gadis ini pun tekad menerima lelaki itu seadanya.. Mereka hanya berhubung melaui hanphone kerana tinggal di negeri yang berjauhan.. pada suatu hari lelaki ini tiba2 mula mengajarnya perkara yang membatasi agama..gadis ini ikutkan sahaja kerana kata lelaki itu satu hari nanti mereka “akan berkahwin dan menjadi suami isteri juga..”..Daripada malu-malu..gadis ini mula seronok kerana dilayan seperti seorang isteri.. Dengan penuh kelembutan dan “kasih sayang” lelaki ini mengajarnya tentang itu dan ini..dan yang makin membuatkan gadis ini yakin, lelaki ini tidak lupa juga mengajarkan dia supaya tidak meninggalkan solat lima waktu dan juga amalann-amalan wajib yang lain.. lelaki ini sering menegaskan kapada gadis ini supaya tidak mengabaikan pelajaran walaupun mereka bercinta..

Lelaki ini juga sering bersamanya ketika dia susah..sentiasa disisi apabila si gadis bersedih.. hubungan mereka berlanjutan selama 3 tahun..si lelaki mula berjanji kepada anak gadis ini untuk mengahwininya sautu hari nanti apabila dia sudah bekerja.. Si gadis ini mula memasang impian indah..iaitu untuk menjadi isteri terbaik kepada lelaki ini..dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak lelaki ini.. Dia mencintai lelaki ini sepenuh hatinya..dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka kekal bersama.. bagi si gadis..lelaki inilah segala-galanya.. dan..semakin lama...lelaki ini semakin galak mngajarkan perkara yang bukan–bukan kepada gadis ini..akhirnya..apabila nafsu sudah menguasai seluruh minda si gadis..si gadis merenggut kesucian dirinya dengan tangannya sendiri..gadis ini tidak sedar yang dia telah kehilangan daranya walaupun tiada mana-mana lelaki menyentuhnya..kerana dia tidak pernah tahu apa itu dara..dia tidak sedar akannya.. setelah perkara itu berlanjutan selama 4 tahun..akhirnya si gadis tewas dengan ajakan si lelaki.. mereka senyap2 berjumpa..dia merelakan sahaja dirinya disentuh dan dinodai tanpa mengatahui itu adalah maksiat yang dilarang Allah..yang diketahuinya.. itu adalah tanggungjawab seorang isteri kepada suami..

Pada suatu hari si gadis dapat menghidu suatu penipuan dari insan yang dicintainya.. Dia mendapat tahu lelaki itu sedang mencari bakal isteri yang solehah..selepas lelaki ini memakai braces..dia menjadi semakin kacak..dan lelaki itu sedang mengurat perempuan yang diminatinya sejak dua tahun yang lalu..perempuan itu anak yatim piatu, solehah dan cantik sekali..dan si gadis dapat tahu, sebenarnya, lelaki ini telah lama berkata kepada kawan-kawannya bahawa si gadis dan dia telah lama putus dan tiada hubungan apa-apa..tidak  kurang juga lelaki ini  ada mengaibkan gadis ini  kepada sebahagian dari kwan-kawan rapatnya..lelaki ini telah merancang lama untuk putus dengan si gadis ini..
Ini bermakna, kesemuanya hanyalah satu penipuan..kebaikan lelaki itu kepada si gadis, hanya satu kepura-puraan..segala janji manis..hanya tinggal di bibir sahaja..

Si gadis sangat marah, kecewa, terkejut, dan sedih....si gadis memarahi lelaki ini..tetapi..apabila rahsia dah terbongkar....pandai pula lelaki ini bermain tarik tali..meminta maaf pada gadis..dan jadikan masalah keluarganya sebagai pancing untuk mendapatkan simpati gadis ini supaya gadis ini termakan pancingnya dan menganggap sebenarnya lelaki ini baik..dia membuat alasan dengan tidak mahu minat pada mana-mana perempuan lagi termasuk si gadis dan hanya mahu fokus pada kerjaya.. tetapi gadis ini lebih bijak menilai sekarang..setelah lelaki itu meminta maaf...di tinjau lelaki itu dari jauh..apabila melihat lelaki itu bermain kata-kata sayang sayang dengan perempuan lain..dan asyik memikat perempuan sana-sini membuatkan gadis ini jelek dengan perangainya....maka tahulah gadis bahawa lelaki itu tidak pernah ikhlas menyayangi dirinya..

Gadis ini semakin sengsara kerana ditipu sedemikian..gadis ini cuba melupakan teman lelakinya itu..tetapi entah kenapa semakin dibenci semakin rasa sayang itu hadir dalam dirinya..si gadis menangis setiap hari..akhirnya si gadis merana sendiri..bergelut dengan perasaannya sendiri.. dia menderita..yang teramat-sangat..dia merasakan apa yang berlaku seolah2 menjadi mimpi buruknya setiap malam..semakin hari dirasakannya dirinya semakin terseksa.. oleh kerana itulah dia ke mari untuk berjumpa ibu..dia minta ibu tunjukkan sebenarnya dimana silap dia..

Mendengarkan kisah hidupnya membuatkan air mata ibu laju turut menangis sama..Ibu sedih..kerana anak gadis yang suci..anak gadis yang tidak tahu apa-apa tentang kegelapan dunia..terpaksa mengharungi semua ini seorang dirinya..Ibu akhirnya menjadikan dia anak angkat ibu..ibu mengajarnya bertaubat..ibu menunjukkan dia jalan yang sebenar-benarnya patut kita ikuti sebagai hamba Allah..ibu mengajarnya lebih lanjut tentang islam..dan keindahan menjadi seorang wanita yang solehah..dari pemerhatian ibu..gadis ini tidak pernah berputus asa untuk mencari jalan yang lurus..dia sangat tekun mempelajari dan mendalami agama islam.. Akhirnya dia benar-benar memahami islam..Dia sentiasa mendekatkan dirinya pada Allah..setiap hari sedihnya dia hanya diadukan pada Allah.. Tetapi..melalui  anak matanya..ibu tahu sesuatu..sangat sukar untuk dia melupakan satu-satunya insan yang pernah menyayangi dia..iaitu teman lelakinya itu walaupuan dia tahu..cintanya hanyalah cinta palsu..namun dia redha..

Ibu pernah bertanya kepadanya..”wahai anak ibu, mengapa engkau tidak mahu melupakan lelaki itu sayang?”

Jawabnya: “Ibu, sepanjang saya mencintainya, saya mencintainya sepenuh hati saya..kalaulah saya tahu apa sebenarnya itu wanita yang solehah, saya berharap saya dapat mengundurkan semula masa..”

Ibu bertanya lagi, “kenapa sayang? Untuk apa kamu mahu mengundurkan masa?”

Gadis ini menjawab dengan tenang: “ tidak ada ujian yang lebih berat kepada kaum lelaki, iaitu, WANITA. Kalaulah saya dapat mengundurkan masa, saya mahu menjaga iman saya dan juga menjaga imannya.. saya mahu menyayanginya dibawah redha Allah s.w.t.. hanya dengan redha Allah sahaja cinta itu boleh bersatu..”

Ibu terkejut sungguh dengan jawapan gadis itu..pada mulanya..ibu sangka gadis ini masih lemah imannya..ibu sangka cintanya pada Allah masih rapuh dan mencintai lelaki itu lebih dari segalanya..tetapi..apabila gadis itu melihat ibu mula menangis.. dia datang kepada ibu dan megusap air mata di pipi ibu dan sambil berkata..

“Ibu, saya redha dia tinggalkan saya bu..saya yakin dengan janji Allah..jodoh itu rahsia Allah.. tetapi..sebagai manusia biasa..saya masih menyayanginya dan mencintainya ibu.. ibu..dulu..sewaktu tiada siapa yang mahu berada di sisi saya, hanya lelaki itu yang selalu memberi kata-kata semangat dan buat saya ingin meneruskan hidup..walaupun dia pernah tipu saya..saya tak sanggup membenci seseorang yang pernah bagi saya peluang untuk merasai bahagia..setiap hari saya berdoa supaya lelaki itu terbuka hatinya untuk bertaubat dan saya berdoa semoga dia mendapat keampunan Allah dan segala kebaikan dia kepada saya, Allah balas dengan pahala yang berganda-ganda..biarlah saya menderita kerana kehilangan cinta saya..saya tak mahu lelaki itu menerima nasib yang sama seperti saya..biarlah dia bahagia dengan mana-mana wanita pilihannya.. tentang diri saya..tentang cinta saya..saya serahkan semua pada Allah.. sekarang saya hanya ada Allah..saya cintakan Allah s.w.t lebih dari segala-galanya..saya mahu jadi wanita yang cekal dan tabah..saya mahu jadi wanita yang baik..sama macam ibu..” dan kemudian gadis ini memeluk ibu sambil memberikan senyuman yang paling manis pada ibu..

Lailahaillah..

Lantas ibu berdoa kepada Allah..agar dijauhkan segala penderitaan dan kesedihan di dalam hati si gadis yang mulia ini.. Gadis itu, cintanya begitu luhur dan tulus..sehinggakan sanggup memaafkan orang yang pernah menzalimi dirinya semata-mata kerana perasaan cinta dan sayang itu masih wujud di dalam hatinya..malah merelakan perpisahan itu dan masih mendoakan yang terbaik untuk lelaki yg pernah berbuat baik dan jahat dalam masa yang sama kepadanya itu.. Mulianya hati gadis ini..ibu sendiri tidak dapat menandingingya.. kalau ibu jadi dirinya..sudah tentu ibu akan membenci lelaki itu sepanjang hayat ibu..

Apabila ibu renungkan kembali..tulah dia..apabila hawa mencintai adam... sememangnya..fitrah dan naluri semula jadi seorang wanita untuk memberikan apa sahaja yang terbaik kepada lelaki dicintai..sebagaimana seorang isteri menyayangi suaminya...

Ibu yakin..ramai lagi gadis2 dan wanita-wanita diluar sana menghadapi perkara dan masalah yang sama..namun..mereka sentiasa di persalahkan..malah dihina dan dipinggirkan..tetapi..si kekasih..si lelaki durjana..dengan selambanya berkata :
“ohhhh..bile aku dah tinggalkan..baru nak ingat Allah.. mase bersame dgn aku takde pulak nak cakap pasal agame..?”
 “kalau tepuk sebelah tangan tak berbunyi kan?”
“nasi dah jadi bubur, sape suruh bodoh sangat pcaye cakap lelaki..”
“yang murah tak sedap lah..nak yang ketat lah buat isteri..”
“ah lantak lah kau sane..kau tu dah tak suci, baik aku cari perempuan yang solehah jadi isteri aku..”
“eh..perempuan tu yang xde iman, kalau die beriman die tak ikut cakap aku kot..”

Benar bukan? Mudah sungguh mereka berkata-kata..

Subhanallah..mengapa? mengapa kaum adam yang bertanggungjawab sebagai pemimpin kepada kaum hawa berperangai seperti ini pada hari ini?

Peringatan Kepada Kaum Adam yang pernah mengecewakan hawa..

Hai Kaum Adam, kasihanilah Kaum Hawa..apabila mereka tersesat..tunjukkanlah mereka jalan yang benar..janganlah engkau berterusan mementingkan dirimu..dengan menjadikan mereka semakin sesat..dan kemudian engkau tinggalkan mereka begitu sahaja..mengapa Kaum Adam? Mengapa? Bimbinglah mereka..bimbinglah...

Sebagaimana Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:

"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk Adam a.s , sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya" (Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"

Dengarlah wahai Kaum Adam, Kaum Hawa itu adalah tanggungjawab kamu walaupun dia tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan keluarga dan sanak saudaramu, janganlah kamu mengambil kesempatan terhadap  mereka yang lemah dan tidak mengetahui apa-apa dengan mengajarkan mereka kearah  kerosakan akhlak demi hawa nafsu kamu yang buas, itu adalah ANIAYA!

Sekiranya itulah yang telah kamu lakukan, BERTAUBATLAH dan BERTANGGUNGJAWABLAH dengan apa yang telah kamu lakukan terhadap kaum hawa itu!

Ingatlah, kamu boleh lari dari mereka di dunia dan bersenang-lenang dengan mengahwini kaum hawa yang lebih baik, tapi di akhirat nanti kamu tidak boleh lari dari pertanyaan Allah s.w.t tentang kaum hawa yang telah kamu rosakkan, dan ditinggalkan dan dibiarkanmu terumbang ambing sendiri dalam kesedihan dan penyesalan yang tidak sudah.. Maka bersedialah  kamu dengan  seksaan api neraka-Nya. Wahai kaum Adam, berhati-hatilah terhadap doa Kaum Hawa yang telah kamu zalimi dan air mata Kaum Hawa yang teraniaya kerana kamu... Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan Maha Adil..

Kepada Kaum Hawa yang telah dikecewa..

Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan dosa..setiap orang juga  gagal menangai dosa dan hasutan syaitan yang sering membawa kita ke lembah kehinaan..kaum hawa sememangnya kaum yang lemah dan sering menjadi buruan syaitan.. Ada juga yang terpesong ke lorong kegelapan yang penuh dengan cubaan.. namun ini semua bukan penghujung kehidupan atau penamat harapan kamu sayang.. Pintu-pintu taubat masih terbuka luas untuk kamu.. Sudah tiba masanya kamu menerima kebenaran..keluarlah..keluarlah dari kegelapan itu sayang.. Mari menuju cahaya Nur milik Allah..mari kecapi Cinta ARASYI yang agung..

Oleh:
Ibu tua..

Nota: Tidak semua lelaki seperti ini..dan tidak semua wanita seperti ini..maafkan ibu sekiranya ada mana-mana pihak yang tersinggung..kalau perkara ini tiada kaitan dengan kamu.. abaikanlah.. sekiranya ada...ingatlah pada Allah s.w.t.. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengampun..

copy from : Reza Atiq
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.. :)(:

yang rajin copy :
Nurul Najihah

No comments:

Cit-chat