‎"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu... Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN... " - Imam Hasan al-Basri"

Friday, December 14, 2012

Cuti² sekolah!! ☺♥

Bismillah..
Assalamu'alaikum.. hey guys... what up??
lama najihah tak update blog... disebabkan kekangan waktu... so far, alhamdullilah, najihah tengah holidays!! I think that I want to share something with you guys... hope u guys boleh ambil manfaat kalau yang baik dan buruk tu minta tolong tegur lah ye! hope so...
btw najihah nak ucapkan selamat bercuti kepada kawan-kawan dan semualah.. walaupun agak terlambat ... hehe.. tapi bagi lepasan SPM baru bercuti!


actually, najihah tak tau nak buat entry apa untuk hari ini. So, najihah nak share something untuk pembaca yang disayangi... untuk sesiapa yang tiada kerja atau hanya membuang masa macam tu saja bolehlah try buat nie....


first, pagi-pagi tu bolehlah anda buat solat sunat dhuha... tak susah pun nak buat benda tu kalau kita nak... lagi pun dapat pahala dan badan pun sihat... solat dhuha nie banyak kelebihannya... seperti boleh menambahkan rezeki, dapat manfaatkan masa, dapat pahala dan banyak lagi.... lepas tu, bolehlah anda melakukan aktiviti lain... bukan senang nak buat benda ni.. hanya sesetengah orang je yang dapat melakukan nie dengan istiqamah.. and tak semua orang yang bangun pagi solat subuh lepas tu dapat melakukan solat sunat dhuha... so, kepada orang yang sedang bercuti sekolah, sem or apa2 lah bolehlah mengamalkan solat dhuha nie..kira kita ni manusia yang beruntunglah... ada masa untuk melakukan dhuha...
Rasullulah s.a.w berdoa untuk umatnya yang bermaksud : "Ya Allah, berkati umatku pada waktu pagi." (Riwayat al-Tarmizi) 

Selain itu, kita juga boleh jogging pada waktu pagi atau petang ikut keselesaan.. untuk najihah... waktu pagi, because tak ramai orang and lebih selesa... petang macam crowded je dan ramai orang beriadah waktu petang jadi tempat untuk beriadah tu tak banyak sangat laa... kalau waktu pagi... lepas subuh tu, bolehlah baca al-qur'an, mathurat, tengok tv cerita motivasi pagi atau lain2... then boleh terus pergi jogging balik jogging.. kemaskan diri dah boleh solat dhuha.. right?? itu untuk najihah la... selesa macam tu... lagi pun my sister tengah cuti juga so adalah orang teman... tu yang rajin pepagi buta... hehe 

Bagi sesiapa yang rajin duduk kat rumah pula macam najihah *konon²nya laa... bolehlah tolong emak memasak, kemas rumah, jemur baju and so on la... it's up to you!.. kepada yang kurang pandai memasak tu.. bukan tak pandai memasak tapi yang kurang tu.. (semua orang ada kelemahan diri .. right??? yeah!) bolehlah belajar memasak dengan emak ke, mak cik atau sekarang kan dah maju internet ada... apa cer?? taip ja terus MR. Google nie tunjuk apa yang menjadi idaman hati... cuma taipkan saja... then search...  terus pandai memasak... baru ada gaya gituu.. huhu

Disamping itu, ada sesetengah yang ingin mencari pengalaman dalam bidang pekerjaan... Macam najihah, my mom suruh ambil lesen kereta dulu... then kalau nak kerja tengok kalau ada yang sesuai.... Nak cari kerja tak salah tapi makes sure parents tahu.... barulah boleh bekerja... carilah kerja yang halal dan bersesuaian...
Kalau rajin sikit.. boleh la buat part time online.. buat kerja guna internet dan duduk rumah duit masuk... senang je... itu bagi sesiapa yang rajin menggunakan internetlaa... simple je... Doakan najihah lepas ambil lesen nanti ya...

Akhir kalam, manfaatkan masa cuti anda dengan perkar yang berfaedah.. insyaAllah, kita boleh!! solat jangan tinggal... solat itu tiang agama.. amal ibadat yang akan dihisab dahulu ialah amal ibadat kita.. jadi lakukan sebaik mungkin.. insyaAllah besar ganjarannya... Masa itu amanah Allah berikan kepada setiap hambanya,  jadi gunakan sebaik mungkin untuk perkara yang berfaedah... Rebutlah peluang yang ada untuk beribadat.... maassalamah wa ilalliqa'...
yang baik itu datang daripada Allah dan yang jelik itu daripada khilaf saya sendiri..
wallahua'alam...
yang  khilaf (Najihah),



No comments:

Cit-chat