‎"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu... Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN... " - Imam Hasan al-Basri"

Friday, December 14, 2012

Cuti² sekolah!! ☺♥

Bismillah..
Assalamu'alaikum.. hey guys... what up??
lama najihah tak update blog... disebabkan kekangan waktu... so far, alhamdullilah, najihah tengah holidays!! I think that I want to share something with you guys... hope u guys boleh ambil manfaat kalau yang baik dan buruk tu minta tolong tegur lah ye! hope so...
btw najihah nak ucapkan selamat bercuti kepada kawan-kawan dan semualah.. walaupun agak terlambat ... hehe.. tapi bagi lepasan SPM baru bercuti!


actually, najihah tak tau nak buat entry apa untuk hari ini. So, najihah nak share something untuk pembaca yang disayangi... untuk sesiapa yang tiada kerja atau hanya membuang masa macam tu saja bolehlah try buat nie....


first, pagi-pagi tu bolehlah anda buat solat sunat dhuha... tak susah pun nak buat benda tu kalau kita nak... lagi pun dapat pahala dan badan pun sihat... solat dhuha nie banyak kelebihannya... seperti boleh menambahkan rezeki, dapat manfaatkan masa, dapat pahala dan banyak lagi.... lepas tu, bolehlah anda melakukan aktiviti lain... bukan senang nak buat benda ni.. hanya sesetengah orang je yang dapat melakukan nie dengan istiqamah.. and tak semua orang yang bangun pagi solat subuh lepas tu dapat melakukan solat sunat dhuha... so, kepada orang yang sedang bercuti sekolah, sem or apa2 lah bolehlah mengamalkan solat dhuha nie..kira kita ni manusia yang beruntunglah... ada masa untuk melakukan dhuha...
Rasullulah s.a.w berdoa untuk umatnya yang bermaksud : "Ya Allah, berkati umatku pada waktu pagi." (Riwayat al-Tarmizi) 

Selain itu, kita juga boleh jogging pada waktu pagi atau petang ikut keselesaan.. untuk najihah... waktu pagi, because tak ramai orang and lebih selesa... petang macam crowded je dan ramai orang beriadah waktu petang jadi tempat untuk beriadah tu tak banyak sangat laa... kalau waktu pagi... lepas subuh tu, bolehlah baca al-qur'an, mathurat, tengok tv cerita motivasi pagi atau lain2... then boleh terus pergi jogging balik jogging.. kemaskan diri dah boleh solat dhuha.. right?? itu untuk najihah la... selesa macam tu... lagi pun my sister tengah cuti juga so adalah orang teman... tu yang rajin pepagi buta... hehe 

Bagi sesiapa yang rajin duduk kat rumah pula macam najihah *konon²nya laa... bolehlah tolong emak memasak, kemas rumah, jemur baju and so on la... it's up to you!.. kepada yang kurang pandai memasak tu.. bukan tak pandai memasak tapi yang kurang tu.. (semua orang ada kelemahan diri .. right??? yeah!) bolehlah belajar memasak dengan emak ke, mak cik atau sekarang kan dah maju internet ada... apa cer?? taip ja terus MR. Google nie tunjuk apa yang menjadi idaman hati... cuma taipkan saja... then search...  terus pandai memasak... baru ada gaya gituu.. huhu

Disamping itu, ada sesetengah yang ingin mencari pengalaman dalam bidang pekerjaan... Macam najihah, my mom suruh ambil lesen kereta dulu... then kalau nak kerja tengok kalau ada yang sesuai.... Nak cari kerja tak salah tapi makes sure parents tahu.... barulah boleh bekerja... carilah kerja yang halal dan bersesuaian...
Kalau rajin sikit.. boleh la buat part time online.. buat kerja guna internet dan duduk rumah duit masuk... senang je... itu bagi sesiapa yang rajin menggunakan internetlaa... simple je... Doakan najihah lepas ambil lesen nanti ya...

Akhir kalam, manfaatkan masa cuti anda dengan perkar yang berfaedah.. insyaAllah, kita boleh!! solat jangan tinggal... solat itu tiang agama.. amal ibadat yang akan dihisab dahulu ialah amal ibadat kita.. jadi lakukan sebaik mungkin.. insyaAllah besar ganjarannya... Masa itu amanah Allah berikan kepada setiap hambanya,  jadi gunakan sebaik mungkin untuk perkara yang berfaedah... Rebutlah peluang yang ada untuk beribadat.... maassalamah wa ilalliqa'...
yang baik itu datang daripada Allah dan yang jelik itu daripada khilaf saya sendiri..
wallahua'alam...
yang  khilaf (Najihah),



Monday, September 17, 2012

wisdom~!

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum... *jwb dlu baru sambung tengok yer..

okey, mungkin dah lama najihah tak meng'update' blog najihah yg dah berhabuk nie..
sorry and I hope post kali ini dapat memberi manfaat kpd readerku sekalian... insyaAllah..

gambar dan ayat bawah nie semua najihah amik kat "Face TO Bo0k ... " 
jazakallah to MR FB.. and kawan2 yang pemurah lgi menyayangi saudara seislam yang lain.. syukran sbb mengingatkan najihah... 

Manusia, biasalah kadang² imannya naik, kadang² turun.. lumrah laa.. manusia asal drpd perkataan arab, nasia mean lupa... jadi marilah kita saling ingat-mengingati satu sama lain.. insyaAllah besar pahalanya... 

bawah nie pulak utk orang yg tengah bercinta *kunun-kununnya lahh.. =__="
REMEMBER!!

"Do Not Love The One Who Does Not Love Allah. If They Can Leave Allah, They Will Leave you."
credit by :1. MR FB

credit by : 2. Mr FB

Lastly, utk perbanyakkan zikir kita dalam percakapan insyaAllah tanpa sedar kita dapat memuji Allah .. kan lebih segak, chumel, manis, encem, smart, ayu dan seumpanya bila kita cakap macam nie... :)

why not we try this ???
credit by : 3. Mr FB
sebelum saya menutup mata *mean untuk tido.. ingatkan saya bila saya lupa dan untuk sahabat-sahabat yg sy sayangi dan pembaca yg dikasihi... 

by : MR FB 4
Jazakallah, wallahu'alam..
ilalliqa' wa ma'assalamah,
fi mardhotillah....

Thursday, August 16, 2012

Ramadhan OoHho Ramadhan~!

Bismillah...
Assalamu'alaikum... guys!
wake up!! maghrib bakal menjelma sebentar lagi..
bulan yang ditunggu² oleh umat islam menjelma kembali...
bulan yang digelar "Bulan Pesta Pahala..."
bulan yang penuh dengan berjuta beribu keberkatan....
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...okey.. bawah nie najihah nak share sikit
something .. semoga kita semua dapat manfaat dan dapat beramal.. insyaAllah...
let's read....♪♫♪♫

Menurut Imam Al-Gazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:                 


♪ Puasa orang awam = hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat.                                                                                        



♪ Puasa orang khas = cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.


♪ Puasa paling khas = menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah.

semoga dapat manfaat.. actually nie nak post first ramdhan tapi ada probs skit..  akhirnya penghujung ramadhan baru blh.. apa-apa pun semoga manfaat... marilah kita sama-sama menghayati detik-detik ramadhan, yang mungkin akan meninggalkan kita dalam beberapa hari saja lagi.. jadikanlah ramadhan ini ramdhan yang terakhir utk kita...

amalan orang dulu-dulu mengenai mereka akan menangisi pemergian ramadan dan berdoa selama 6 bulan selepas pemegian ramadan supaya amalan yang dibuat dalam ramadan diterima oleh Allah. Selepas 6 bulan berdoa supaya amalan mereka diterima, seterusnya mereka berdoa supaya dipanjangkan umur pula supaya mereka dapat hidup hingga kebulan ramadan yang ditunggu.Kenapa begini perlakuan mereka? Ini adalah kerana fadilat bulan ramadan yang maha luas sepertimana dijanjikan allah itulah amat diharapkan.

wallahua'alam.. sekian.. yang baik datangnya dripda Allah ..
fi mardhotillah... 
Aqil najiha ♥♥♥

Mengapa perlu pergerakan arah lawan jam?!


Bismillah, Assalamu'alaikum.. (jawab baru sambung bacaan)tajuk hari ini sumber drpada layarminda najihah terbaca tadi... semoga bermanfaat...btw, doakan najihah dan kawan seperjuangan dpt cemerlang dalam trial dan SPM yah!! 
Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?
Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.
Lihat semua pergerakan ini:
 Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.
 Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.
 Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
 Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.
 Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.
 Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
 Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.
 Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.
Mengikut artikel “Rahsia Kaabah” yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam.
 Hukum Tangan Kanan
Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.
Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.
Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.
Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a’lam.
Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!
- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- takbir : Allahuakbar! x3
dipetik : layarminda (klik utk tgok)
wallahualam,sekian daripada saya yg hina lagi byk kekurangan (aQïl NäÍíhâ),selamat menghidupkan hari-hari terakhir kita dalam bulan ramadhanyang penuh barakhah nie.. fi mardhotillah

Saturday, July 14, 2012

ayam goreng berempah.

Bismillah..
Assalamu'alaikum my lovely reader...

subhanallah, alhmdullilah, Allahhuakhbar!
syukur alhmdullilah masih lgi bernafas di dunia kurniaan Ilahi...
last update sunday, march 25... tudia lama tak update...
nampak sangat busy tahun nie.. maaf ya kawan²ku.. najihah x sempat nak update
bila balik rumah busy dgn homework yg bertingkat konon²nyalaa.. hee...

okeyh back to the tittle..
pagi tadi waktu tgh breakfast, suddenly my mom kata.. harinie nak masak ayam berempah la.. 
and me just say.. sedap.. kalau mama buat... mesti habis punya.. tengok².. mama kluar with abah and adik..
so, nak tak nak.. amanah kena tunaikan.. masaklah ayam nie... dalam hati just blh kata.. "ayam please be nice to me...." haha.. =D

First time buat, fulamak x tau rasa apa.. dah la mama tak ada kat rumah... jeng..jeng...
ayam masak rempah... alhamdullilah akhirnya..*macam lagu apa tu.. nthlah..hee... najihah berjaya juga masak ayam goreng berempah..
nyum².. sedap... masak tanpa pengawasan mama tercinta... nasib tak jadi apa-apa.. alhamdullilah..
bawah nie najihah share skitlah 

steps for delicious "ayam goreng berempah by Chef Najihah"*cewah :)  
1. basuh ayam sebersih2nya..(lps proses ayam @ buang apa yg ptut @ ikut sukalah nak buat apa ayam tu)..
2. masukkan rempah daging,ikan atau ikut rasa yg korang nak la...tiada paksaan atau ugutan.. hOho.. O_o (mama kata peram utk seketika bgi meresap la kut).. *najihah hentam je..brapa mnit.
3. masukkan garam secukup rasa.
4. masukkan ayam setelah minyak panas.
5. angkat setelah siap di goreng.
taraa... jadilah ayam goreng berempah.. 
p/s: nak letak daun kari pn boleh tapi letak waktu dlm minyak panas tu supaya bau wangi...

jazakallah kpd Encik google utk gambar yang chumel ini... ☺☻

sebelum najihah tamatkan entri hari nie,
najihah baru dpt pggilan drpd kwn najihah kata emak kawan najihah meninggal dunia..
takziah kpda Wan.. 
Al-Fatihah (sama-sama kita sedekahkn kepada ibunya) , semoga rohnya dicucuri rahmat...dan diterima oleh Allah..
Semoga dia n keluarga dia tabah dlm menghadapi ujian nie...
Setiap yg kembali pasti akan pergi jua.. termasuklah kita.. marilah kita bertaubat sebelum terlambat..
Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun...

wallahu'alam..
fi mardhotillah...
yg baik drpd Allah yg khilaf drpd ana sendiri..

Sunday, March 25, 2012

Mission ♥

Bismillah..
Assalamu'alaikum..
hai kengkawan (kawan²)....
hari nie najihah nak update pasal mission najihah untuk tahun nie... tadi baru terfikir...

tahun nie 2012!
tahun najihah amik SPM(soalan paling mudah).. ☺
so, tahun nie kena kurangkan perangai yang suka gilen².. kena struggle..
jelez(cemburu) tengok kawan² study... haish x leh jadi..
then terfikir... bila lagi nak tengok my parents smile..
bila nak tengok my parents menitiskan air mata kegembiraan bila tengok anak dia yang baik(nakal-perkataanlawan) berjaya...
bila lagi nak tengok my parents naik atas pentas amik result cemerlang dengan anak dia...
bila lagi nak tengok my parents rasa bangga dengan anak dia..
and nak sangat balas jasa parents yang banyak habiskan duit untuk ana, ukhti and adik²...
btw sebelum terlupa.. tahun nie najihah, my dear sis and beloved brothers exam.. UPSR,PMR,SPM and tahun akhir kt U! doakan kami tau semoga berjaya dunia akhirat, insyaAllah...

Nik Nor Madihah ada pesan waktu dia datang dekat SMKSB, kalau nak berjaya jaga dua benda nie baik-baik.. hablumminAllah wa hablumminannas.. maknanya jaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.. kenapa ? cuba la kita bayangkan.. (pendapat najihahlah).. kalau kita derhaka mak ayah kita.. berkat ka kita nak belajar? mai sekolah dalam keadaan mak ayah terasa hati dengan kita? elokka mcm tu?
najihah teringat satu lagu nie... "Allah tak redha kecuali, redha kedua ibu bapa, tidaklah kekal alam ini tanpa kasih sayang keduanya." see... kalau kita jaga hubungan kita dengan mak ayah kita, Allah pun akan sayang kita... suruhan Allah jangan la kita lupakan pulak yer... solat, baca qur'an and so on laa..

hurmm, haa! hari tu ustaz Don Danial ada datang my school(SMKANT)... dia pesan jaga 5 perkara nie.. kena hormat dan sayang mereka ini sama macam kita buat dekat mak ayah kita.. okeyh..
First : mak ayah kandung kita... (jaga perasaan mereka, hormat, sayang and so on)
second : ibu susuan kita (kalau adalah)
third : saudara-mara/adik-beradik.. (erm, kalau tak salah dalam family jugaklah.. hee..bukan lupa tapi tak hingat..)
fourth : mother and father in law.. (paham dak? mean mak mentua and ayah mentua la... mereka pun kita kena buat macam mak ayah sendiri)..
lastly : cikgu yang mengajar kita daripada cerdik sampailah kita telebey cerdik! (bila jumpa cikgu salamlah, bukan dengan cikgu ajar agama sahaja tapi cikgu² bm, bi and semualah TETAPI tengok lah jangan sampai cikgu laki, kita perempuan nak pi salam atau sebaliknya.. tengok keadaan yang haram tetap haram.. dalam erti kata lain tegurlah mereka, walaupun dah beljar tinggi², kerja elok² dan harta yang banyak.. melawatlah mereka... kerana tanpa mereka siapalah kita.. mereka insan kedua yang paling hampir dengan kita.. yang mengajar kita selepas kedua ibu bpa yang tercinta..)
hope u guys fahamlah apa yang najihah nak sampaikan...

Okeyh, straight to the point walaupun dah bebel panjang lebar.. hehe sorry...
MISSION saya, Nurul Najihah Bt ****** nak dapat 11A+ tahun nie dalam SPM.. insyaAllah..
bak kata mak Hanna Syahirah.. cakap di mulut saja tak akan berbuah hasil.. which mean, kalau usaha tak ada tapi mulut saja asyik kata nak dapat 11A+ tak akan dapat punya... man jadda wa jadda.. siapa berusaha dia akan berjaya... nak dapat 11A+ bukan usaha yang besa²(biasa²) tapi usaha dengan bersungguh².. study smart not study hard!.. insyaAllah boleh berjaya...wish me luck for SPM...
Doakan daku berjaya dunia akhirat... May Allah bless you guys and success fi dunia wal akhirah...

Sebelum signout, Najihah nak ucapkan tahniah kepada calon SPM 2011... mesti mak ayah mereka gembirakan dapat anak yang pandai... erm.. tahniah yah! teruskan usaha anda! chaiyOk! and kepada yang cemerlang tapi A kurang tu biasalah mungkin bukan rezeki senior nak dapat straight... insyaAllah setiap yang berlaku tu mesti ada hikmah yang tersembunyi... kalau tak percaya baca balik gambar yang najihah masukkan tu... and nie satu lagi gambar untuk anda berfikir sejenak.. apa-apa pun teruskan kejayaan anda tak kira dimana anda beljar atau kerja... ☺♥♥♥!



Sampai disini dahulu coretan ku buat sahabatku yang dirindui.. (hee jiwengs pagi² yang cumel nie♦_♠)
Yang baik datang daripada Allah dan yang banyak khilaf daripada ana sendiri yang serba kekurangan...
wallahu'alam...
fi mardhotillah sahabatku sekalian~ 
nota kelekatu: attention to all my beloved friends, erm najihah ada letak new Cbox ala macam shoutbox tu dekat sebelah kanan bhgian bawah my blog yang segak nie.. kalau sesiapa yang tak nak komen silalah atau bolehlah taip kat situ, insyaAllah najihah baca nanti and akan reply apa yang korang tuleyh(tulis) tu..insyaAllah.. don't miss me.. (hee ◘_◘)


Tuesday, March 13, 2012

Sabarlah duhai hati..



Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum..
takbir : Allahhuakhbar!
hey guys.. kaifahaluk? hamdallah, ana bikhoir...
I hope u guys in pink of health ..

title for today : sabarlah duhai hati..
actually it's nothing just title and wisdom for me to be strong in journey of my life..
come and let's join me... auww.. the adventure of nurul najihah..(not bad..)
”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”
Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..
selama najihah stay dekat hostel macam² najihah belajar.. serious.. hari pertama masuk hostel dah kena.. tapi biasalah kn... ujian.. sabar jelah... mungkin khilaf najihah jugak..

adik junior ada yang tak berapa suka najihah.. najihah anggap manusia.. it's normal man!
salah najihah sebab tegas sangat kut.. tapi serious depan najihah okeyh ja rupa²nya dekat sekolah dok sebar nama najihah and my brother know.. then he tell me and ask me what going on?
and me.. just smile.. don't know what actually happend..

pagi exam, hurm.. adik junior bagi najihah stress.. aww.. nak teriak pun ada.. tapi saya perempuan.. mungkin over sensitif .. then jawab paper bm sampai tak cukup masa kut.. nergh amik kau najihah... by the way! thanks asyura for give me some advise.. pastu okey la.. tak main la touching lama²...

macam² la najihah belajar.. baru najihah tau... hijrah itu perlu! sangat perlu! baru kita tau liku² kehidupan di negeri @ tempat² lain!
and kita perlu sentiasa sabar.. dan bersabarlah ..
sedikit wisdom yang sempat najihah kutip..
‎"SABAR" itu berkat...
"SABAR" itu indah...
"SABAR" itu mulia...
"SABAR" itu sejuk...
"SABAR" itu terpuji...
"SABAR" itu arif & bijaksana...
Sabar itu berat tanpa IMAN...
Sabar itu rumit tanpa ILMU...
Sabar itu resah tanpa FIKIR...
"Maka Bersabarlah kamu dgn sabar yg Baik" (AL-MA'ARIJ:5)
♥♥♥
so, bersabarlah duhai hati...
Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..... [2:286] 
Sabar itu,,
Memaafkan waktu yang selalu berlari menjauh
Memaafkan jarak yang memisahkan dua samudra
Memaafkan redupnya sang rembulan
Memaafkan kesetiaan yang telah pudar

Sabar itu,,
Memaafkan pelangi yang tak lagi berwarna-warni
Memaafkan laut yang menenggelamkan harapan
Memaafkan merpati yang tak lagi mau menari
Memaafkan jiwa yang lemah tak berdaya

Sabar itu,,
Memaafkan diri sendiri yang selalu lalai
Memaafkan mereka yang tak pernah mau bersabar
Karena sabar itu,, MEMAAFKAN ... 



sekian, dari ana yang banyak khilaf dan yang baik itu daripada Allah.. yang hina lagi daif daripada ana sendiri..
wallahu'alam...  






Saturday, January 21, 2012

i'm back...

Kalau kita berdosa semalam dan alpa sehingga tidak bertaubat kepadaNya,bila kita diberikan hari ini,maka berubahlah.Sesungguhnya itu tanda Allah masih sayangkan kita.Esok belum tentu ada. kata-kata Hilal Asyraf(Official) 
Bismillah..
Assalamu'alaikum...
subhanallah, alhamdullilah, Allahhuakhbar!
hey guys.. how ru today? ur iman? and so on...
just want to say, sorry...
blog nie dah semakin terukkan.. background pn dah jadi lain....
semua sebab tersilap button.. however, najihah akan cuba lagi... adalah tu silap and salah kt mana-mana..
hope u guys maafkan.....

*********
new story..
blzzzz... i'm back...
back from hostel no hotel.. alhmdullilah so far najihah masih belajar untuk membiasakan diri si sekolah baru... sekolah baru dan sekolah lama beza dia.. banyak la juga.. especially, sekolah tu campur so lain sikit la... doakan najihah pandai jaga diri dan dapat jauhi zina.. insyaAllah amin...

to sc3, I miss you guys damn much! miss time buat experiment, belajar, outing pergi library awam dan semualah.. nak senarai tak cukup pula.. hehe..
tau tak bila najihah masuk sekolah baru semua pakat tanya result PMR.. pastu depa kata mesti 9A.. blablabla.. bila najihah kata dapat sikit depa tak percaya.. pelik pun ada.. hurm.. tak kisah la....

Dorm najihah nama halimatus sa'adiah.. a.k.a 113...
ada 15 orang dalam dorm.. yang lgi 3 kut still kosong tanpa penghuni...
dorm najihah locker baru.. segak.. heee.. *saja nak bagi tau* =)
katil najihah kat atas... sepatutnya form 5 dok bawah tapi tak apalah..
tak kisah sangat lagi pun boleh belajar memanjat daripada tak boleh panjat jadi boleh panjat..
atas boleh kena kipas.. syOk sikit.. huhu... Oh, lupa lak.. setiap dorm dan aras ada rumah sukan yang tersendiri.. macam nirai (baris) dorm najihah rumah sukan warna jingga.. so, t-shirt sukan muslimah najihah warna jingga a.k.a oren.. lawa.. sebab warna dia terang.. cam mana nak describe ek? nth.. tapi lawa la.. hee.. suka.. ♥♥♥~

Next, 'bout my classroom...
jeng..jeng..jeng...
erm.. nama kelas : 5 Ilham.. doakan najihah dapat ilham macam nama kelas najihah
semua sekali ada 20 orang. 8 lelaki dan 12 perempuan..
Budak baru ada 2 orang, najihah dan fatin...
fatin tak stay hostel.. tak tau bila dia nak stay... hopefully dia stay la senang sikit nak "buli" dia..
hoho.. lawak ja...
lagi apa ya... haa.. guru kelas nama teacher shantini.. a/p maaf tak ingat la nama ayah teacher..
*banyak sangat nak hafal nama kawan-kawan dan semualah*
kawan-kawan dalam kelas tu semua okey.. jangan risau dan najihah still need more time to being their friend .. dan nak rapatkan macam dekat bahiyah dulu...  kat sini ada 5 kelas untuk form 5.. form lain masih dalam siasatan.. hehe =)

Further, erm... 'bout my kokurikulum...  disebabkan alasan yang tertentu dan munasabah jadi boleh tukar..
najihah dah tukar.. uniform daripada taekwando tukar kepada puteri islam... *tu lah dulu waktu taekwando rajin sangat pakai baju puteri islam.. now here u're in ..  Puteri islam.. btw, najihah jadi pemeriksa kira-kira.. I don't know bout pemeriksa kira-kira tapi nama dicalonkan and dapat.. auwm.. terima je la...
yang tu baru uniform...

Unfortunately, 'bout my kelab and persatuan... daripada kelab komputer kepada .. agak-agak apa dia... kepada kelab buku teks.. nergh.. -,- dua orang ja form 5.. aini and najihah.. hehe.. sikit ja.. disebabkan sikit.. najihah jadi AJK 5 and Pen. s/u.. and aini as bendahari kelab.. yg lain bgi dekat form 4 yang memang setia dengan kelab tu.. kenalah beralah sebab najihah dan aini baru ja join kelab tu..

Last but not least, I want to tell u guys 'bout my sukan dan permainan... which more weird.. daripada.. sekolah lama.. Of course I love to play catur a.k.a chess, tapi catur dibubarkan.. then najihah masuk tennis.. beli raket and belajar selama setahun lebih sikit kut.. tengok-tengok.. kelab tu pun dibubarkan.. sedih..sedih..sedih.. but, after that, najihah masuk hoki.. selama dua tahun.. sampai boleh main hoki la.. jadi simpanan sekolah ja sebab tak hadir time pemilihan.. hehe tertidur balik-balik rumah .. lupa nak pi 'training' petang tu... okeyh, melalut dah nie, sambung balik.. erm.. kat sini najihah masuk kelab/permainan.. bola jaring.. nahh.. hamik kau najihah.. mana saya reti sukan perempuan nie.. benda paling najihah elak.. tengok-tengok masuk juga.. fatin ajak.. dalam kelab tu form 5 ada 3 orang ja.. mashitah (mashi), fatin and najihah..
mashi orang setia so, jadi pengerusi.. fatin dapat undian.. jadi setiausaha.. najihah.. alhmdullilah jadi bendahari yang "mybe akan bertauliah, satu hari nanti.." insyaAllah.. pray for me...

Sampai situ dulu ya...
insyaAllah nanti najihah akan tunaikan apa yang najihah pernah kata...
dan nie pun kalau ikutkan malas nak masukkan entry nie tapi sebab janji dan amanah saya kena kotakan...
orang yang mungkir janji itu adalah ciri-ciri orang munafik jadi janganlah berjanji kalau tak mau tunaikan..

Assalamu'alaikum... =)(=
doakan saya disini sentiasa istiqamah dan sentiasa perbaiki diri ya.. ☺☻♪♫♪♫
ilalliqa' ...
-nurul najihah (budak suka membebel)-

Cit-chat