‎"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu... Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN... " - Imam Hasan al-Basri"

Wednesday, December 28, 2011

belogku~

Dalam menasihati orang lain, terselit peringatan untuk diri sendiri :)
bismillah..
Assalamu'alaikum.. hai kawan.. semoga sihat selalu ya... insyaAllah...
*gambar huduh yg penah najihah jumpa* -,-'

okeyh.. sebenarnya tak tau nak update apa.. tapi tulah tangan nie gatai sangat nak update kat belog yang ofkos huduh 'glen'... warghh.. seriusly najihah tak puas hati dengan belog nie.. nampak macam semak je kan... telebey (terlebih) rajin meng'edit' .. alahai macam tak masuk dan tak kena ja... hurmm... nak mintak pendapat tapi tak tau siapa yang patut di tanya dan di soal...

tapi seriusly,
belog nie huduh.. macam mana la orang nak baca.. kan2.. dah la ada saving energy.. *macam budak kede (kedekut)*  je kan... hailaa... nak wat macam mana.. asyik gatai tangan sangat .. sume bende nak di 'edit' kan dah telebey cantik! sampai tak mau tengok... 

*saya suka tengok belog2 anda.. cantik!*

benda paling penting, najihah tak reti nak update something kat belog.. bosan right.. ahaa.. and bebel panjang.. padahal point alahai sejemput ja.. so, najihah akan stop blogging for awhile.. uhuks.. my belog yang peliks! huduh + semak = samun ja.. -,-'

sebelum berakhir... najihah belajar something news from adik matluthfi..

siapalah kita untuk meninggi diri dan merendahkan yang lain..
kita saling memerlukan... :)
‎" Yang terbaik dalam kalangan kamu adalah yang baik terhadap keluarganya" 
 and pesanan untuk diri najihah and sahabat2 fillah ku sekalian..
bersangka baiklah selalu, apa salahnya... betul tak? huhu.. dan setiap manusia tu sentiasa melalukan kesilapan.. :)(:

Prophet (S) said, "There is NO gift (from Allah) better than the gift of patience"(Bukhari 8:477)
He (S) also said, "Nobody can be given a blessing better and greater than patience."(Bukhari 2:549)
May Allah make us Patient.Pray for me and all your brothers/sisters. :)
and lastly *dah berapa banyak and daaa.. * but not least thank you very much to my dad, mom, and sister.. sbb jaga najihah waktu sakit.. hehe.. especially my sis.. pagi2 terjaga gara najihah termuntah.. hee... sorry sis ganggu sis tengah bercuti.. luv u lots dear.. always miss u always, miss ur sms to remind me bout Ad-deen.. thanks 4 everything... and thanks to my dad and my mom.. sebab sudi jaga angah selama 16 thn setengah nie.. erm.. dalam islam macam dh masuk 17 tahun ja.. entah.. hehe.. and alhmdullilah.. setiap ujian adalah untuk menguatkan iman seseorang.. jadi bersyukurlah sentiasa walaupun di uji...  :)(:

Assalamu'alaikum... peace be upon to you.. ilalliqa'..
my new school.. SMKA Nibong Tebal..
p/s : tekan bawah nie nak baca sekolah lama najihah.. huhu *saja update psal my school, i've no idea... blablabla*
previous . to read! :)(:
*peringat untuk diriku dan readers, aku juga manusia seperti kalian melakukan kesilapan..*

Sunday, December 18, 2011

school...

Bismillah...
hey guys, assalamu'alaikum...
*halakan cursor untuk melihat oak-tree*
tutup, buka, tutup, dan buka semula mata *istilah baru :D .. dah empat minggu berlalu.. sekolah pun dah nak buka.. parents & students pun kelibut (kelam-kabut) nak cari barang untuk sekolah... masa berlalu begitu cepat dan pantas... yushh..yush.~ *angin bertiup... daun-daun bertebangan melanggar makhluk di muka bumi Allah..betullah kata pepatah, "masa itu ibarat emas.." dalam arab "Alwaktu kalzahab" .. tick-tock..tick-tock..
opening yang sangat panjang.. -,-"
tak lama lagi belog ini akan berhabuk, haachumm...
bila bersin ucaplah "alhamdullilah"... orang yang mendengar ucap "yarhamkallah (L) @ yarhamkillah(P)" .. orang bersin jawab "yahdiwayahdikumullah"
sebab najihah akan masuk sekolah baru... selamat tinggal SMK Sultanah Bahiyah.. my old school... sekolah tu banyak mengajar najihah "something" yang mungkin susah nak dapat di sekolah-sekolah lain... dekat situlah terdapat "An-nur", cahaya yang sangat indah dan begitu susah nak ditafsirkan... Dulu waktu first time masuk sekolah tu... rasa macam terpaksa... sebab frust tak dpt masuk SMKA.. hehe,, so funny right..

Tapi tulah Allah tu Maha Berkuasa, sekolah yang najihah tak nak masuk tulah sekolah kesayangan najihah dan sekolah tu bukan sekolah biasa pada pandangan najihah.. THE BEST SCHOOL for me! walaupun bukan sekolah agama tapi sekolah tu still ada aliran agama atau kelas aliran agama (KAA).. Najihah salah satu pelajar yg stay kt KAA.. sampai sekarang sebelum 2012 masuk.. 4sc3 kelas.. itulah kelas Najihah.. susah & senang bersama sahabat-sahabat .. Kelas tu lain sikit sebab pelajar dalam tu hanya ambil 11 subjek sahaja.. and that's why sc3 and A1 or A2 is unique! just like my blog's name... unique! *start kereta bawak sendiri betul... (perasan, ops bukan perasan tapi berperasaan okeyh! .. huhu)

mybe that's all psal intro psal ex-sekolah najihah, sat lagi kata najihah suka bebel banyak pula.. *tapi best apa.. bebel.. dapat exercise mulut .. ^_<)

p/s : doakan najihah selalu yaa, agar sentiasa istiqamah... and doakan kejayaan najihah di dunia dan di akhir... ameen! May Allah bless you! and thanks for waste your time to read my "bad" entry!

*halakan cursor untuk melihat sekolah saya yang segak lagi bergaya ini*

Saturday, December 17, 2011

ceriteria.. :)(:

*halakan cursor untuk melihat bunga sakura yg lain.. ^_^))*


Bismillah..
Assalamu'alaikum.. hey readers~ semoga sihat selalu di bwh rahmat Ilahi .. ameen!
okeyh, arinie nak masuk entry baru and mybe entry terakhir untuk belog nie...
mesti tertanya2 kenapa.. jwpannya : sebab belog najihah ada kerosakkan sikit..
so malas nak cari kat mana salah.. *actually x tau dekat mana ada probs.. hehe
banyak sangat edit.. *gara2 gatai tangan.. lepas tu, tak tau jadi apa..

okey, straight to the point, erm...
‎" Ada satu kisah tentang seseorang. 
"Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر."
Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ."
Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".... 
Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ."
Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT.

Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu? Orang itu adalah KAMU!

sekian, daripada nurul najihah.. kalau yang baik itu manfaatkan dan amalkanlah ya.. kalau yang silap tu harap dimaafkan dan tegurlah..

p/s : credit to marini untuk gambar tu, thanks tO en. google mcm biasa and maaf jika asmaul-husna nie menganggu tapi najihah saja letak supaya bila readers baca boleh sebut sekali nama2 Allah yang indah tu.. maaf >,<  kalau ada apa2.. komen dekat shoutbox yOch~ insyaAllah nanti saya balas.. :)(:
ilalliqa'.. :)(:

Tuesday, December 13, 2011

Islam is the way of life

Bismillah...
Assalamu'alaikum.. hey guys.. miss me? hehe.. just wanna share u guys about this picture.. najihah jumpa dekat tumblr.. masa najihah online... (:

*macam biasa.. halakan cursor utk tengok dua pic*







p/s : *jangan lupa halakan cursor dekat gambar tu yaa.. ada dua gmbar berlainan*
thanks to en. google, my friends tumblr and OSM (owhsomuslim) for this beautiful, cute and meaningful picture!!  
*QS : 6:162 :)(: 

the wise sayings of Luqman

*halakan cursor untuk melihat gambar yang lain*

“If you’re in prayer, take care of your heart;
If you’re eating, take care of your throat;
If you’re in another man’s house, take care of your eyes;
If you are among people, take care of your tongue.
Remember two matters and forget two matters:
Remember Allah (SWT) and death;
Forget any good that you have done to another and any evil that was done to you by another.”
“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:
1-Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
2-Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
3-Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
4-Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah tingkahlaku.
5-Ingat kepada Allah SWT
6-Lupakan budi baik mu pada orang lain.
7-Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
8-Ingat kepada mati."
 

*halakan cursor utk melihat gambar seterusnya*

Saturday, December 3, 2011

batas pergaulan..antara LELAKI & PEREMPUAN..

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum... hey guys.. semoga pagi yang indah yang disinari cahaya mentari membawa seribu keberkatan kepada kita dengan menambah sedikit ilmu pengetahuan dan semoga diredhai-NYA. ameen!
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32
 Hari ni najihah nak bagi sedikit peringatan tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan... Mungkin setengah orang akan kata..
Kolotlah kau, cakap-cakap, call-call, msg-msg dan sbgainya dengan lelaki / perempuan pun tak boleh.. sekarang dah moden tak kan yg tu pn tak boleh.. kitaorang cakap je.. tak buat apa pun.. 
tahukah anda kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan akan muncul makhluk Allah yg ketiga... jadi Islam ini mudah, so ingat balik firman Allah dalam Surah Al-isra' ayat 32.. La Takrabul Zina... Janganlah kamu menghampiri zina....  

Islam ini mudah tetapi jangan terlalu ambil mudah tentang islam.. Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja. Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. 


Adab-adab:


1. Menundukkan pandangan....


Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30...
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 .... (rujuk surah An-Nur ayt 31 utk mksud yang penuh)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..... 
Berdasarkan daripada kedua-dua ayat kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja



2. Menutup Aurat....
Muka & Tangan  : Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (Hadis Riwayat Abu Daud). 

ALLAH berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.


3. Pembatas antara lelaki & perempuan..

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)


Rasulullah melarang lelaki lain (walaupun saudara mara) berjumpa dengan seorang wanita sendirian atau duduk bersamanya tanpa kehadiran saudara muhrim wanita itu. Jabir bin Abdullah meriwayatkan kata Rasulullah s.a.w iaitu yang mafhumnya:
"Janganlah menziarah wanita yang suaminya tiada di rumah kerana syaitan itu berada di dalam dirimu seperti darah.”  (Tarmidhi)
Menurut satu hadith lain dari Jabir, Rasulullah s.a.w berkata yang mafhumnya:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhhirat, jangan sekali kali berjumpa seorang wanita sendirian kecuali bersama seorang mahramnya kerana orang yang ketiga ialah syaitan".  (Ahmad)
Imam Ahmad telah menyebut satu hadith dari 'Amir bin Rabi'ah yang sama bunyinya. Rasulullah sendiri sangat berhati hati dalam soal ini. Satu ketika, baginda ditemani oleh isterinya Safiyyah untuk ke rumahnya pada waktu malam. Dua lelaki Ansar lalu di situ. Rasulullah s.a.w. memberhentikan mereka dan berkata yang mafhumnya:
"Wanita yang bersamaku ialah isteriku, Safiyyah." Mereka berkata: " Maha Suci Altah. Ya Rasulullah, bolehkah kami berasa syak terhadapmu?. Rasulullah s.a.w, menjawab: "Syaitan bergerak seperti darah di dalam badan: aku khuatir syaitan akan mendatangkan sesuatu yang tidak baik ke dalam fikiranmu."   (Abu Daud)


 4. Tidak melunakkan percakapan
Rasulullah s.a.w. juga melarang suara wanita didengari lelaki jika tidak perlu. Dalam kes yang memaksa al Quran sendiri membenarkan wanita bercakap dengan lelaki dan isteri Rasulullah s.a.w. sendiri mengajar orang lain dalam hal hal keagamaan. Tetapi bila tiada keperluan atau ada tujuan agama dan kebaikan, wanita tidak digalakkan memperdengarkan suaranya kepada lelaki. Oleh itu, jika imam tersalah dalam sembahyang berjemaah dia hendaklah diberi amaran oleh lelaki dengan berkata "SubhanAllah" (Maha Suci Allah) dan wanita pula hendaklah menepuk tangan mereka sahaja. (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Abu Daud, Nasa'I, Ibnu Majah)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; 
 Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[1213] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya[1214] dan ucapkanlah perkataan yang baik, 
[1213]. Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.

[1214]. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina. 
 (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350) 


5. Tidak bersentuhan antara lelaki & perempuan
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) 
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya.


Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan tangan lelaki menyentuh badan wanita yang bukan mahramnya. Sebab itulah semasa berbai'ah, baginda hanya memegang tangan lelaki tetapi tidak pernah berbuat demikian terhadap wanita. A'ishah berkata bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menyentuh badan wanita lain. Baginda akan mengambil bai'ah mereka hanya dengan kata kata; setelah bai'ah dijalankan, baginda akan berkata yang mafhumnya:
"Kamu boleh pergi sekarang, bai'ah sudah sempurna"  (Abu Daud) 
Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, 
sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)


Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Kesimpulannya... jagalah batas pergaulan antara lelaki & perempuan... Islam itu mudah tetapi jangan mengambil mudah dah  yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya.

p/s : first, terima kasih kepada en. google and blogger2 yang banyak mengeluarkan hadis dan sebagainya.. and maaf jika ada salah and tlg tegur jika ada salah.. saya masih belajar.. semoga entri nie bermanfaat kpda pembaca.. yang baik jadikan teladan yang buruk, khilaf dan alpa datang daripada diri najihah sendiri.. sekian, Assalamu'alaikum..

daripada :

Cit-chat