‎"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu... Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN... " - Imam Hasan al-Basri"

Thursday, August 16, 2012

Ramadhan OoHho Ramadhan~!

Bismillah...
Assalamu'alaikum... guys!
wake up!! maghrib bakal menjelma sebentar lagi..
bulan yang ditunggu² oleh umat islam menjelma kembali...
bulan yang digelar "Bulan Pesta Pahala..."
bulan yang penuh dengan berjuta beribu keberkatan....
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...okey.. bawah nie najihah nak share sikit
something .. semoga kita semua dapat manfaat dan dapat beramal.. insyaAllah...
let's read....♪♫♪♫

Menurut Imam Al-Gazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:                 


♪ Puasa orang awam = hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat.                                                                                        



♪ Puasa orang khas = cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.


♪ Puasa paling khas = menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah.

semoga dapat manfaat.. actually nie nak post first ramdhan tapi ada probs skit..  akhirnya penghujung ramadhan baru blh.. apa-apa pun semoga manfaat... marilah kita sama-sama menghayati detik-detik ramadhan, yang mungkin akan meninggalkan kita dalam beberapa hari saja lagi.. jadikanlah ramadhan ini ramdhan yang terakhir utk kita...

amalan orang dulu-dulu mengenai mereka akan menangisi pemergian ramadan dan berdoa selama 6 bulan selepas pemegian ramadan supaya amalan yang dibuat dalam ramadan diterima oleh Allah. Selepas 6 bulan berdoa supaya amalan mereka diterima, seterusnya mereka berdoa supaya dipanjangkan umur pula supaya mereka dapat hidup hingga kebulan ramadan yang ditunggu.Kenapa begini perlakuan mereka? Ini adalah kerana fadilat bulan ramadan yang maha luas sepertimana dijanjikan allah itulah amat diharapkan.

wallahua'alam.. sekian.. yang baik datangnya dripda Allah ..
fi mardhotillah... 
Aqil najiha ♥♥♥

Mengapa perlu pergerakan arah lawan jam?!


Bismillah, Assalamu'alaikum.. (jawab baru sambung bacaan)tajuk hari ini sumber drpada layarminda najihah terbaca tadi... semoga bermanfaat...btw, doakan najihah dan kawan seperjuangan dpt cemerlang dalam trial dan SPM yah!! 
Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?
Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.
Lihat semua pergerakan ini:
 Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.
 Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.
 Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
 Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.
 Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.
 Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
 Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.
 Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.
Mengikut artikel “Rahsia Kaabah” yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam.
 Hukum Tangan Kanan
Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.
Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.
Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.
Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a’lam.
Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!
- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- takbir : Allahuakbar! x3
dipetik : layarminda (klik utk tgok)
wallahualam,sekian daripada saya yg hina lagi byk kekurangan (aQïl NäÍíhâ),selamat menghidupkan hari-hari terakhir kita dalam bulan ramadhanyang penuh barakhah nie.. fi mardhotillah

Cit-chat